PERANG UHUD
Perang Uhud adalah antara peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Turut dikenali dengan perang berdarah kerana ramai para sahabat yang mati syahid termasuk bapa saudara Rasulullah SAW ; Hamzah bin Abdul Mutalib (atau gelaran Asadullah ~ singa Allah). Peristiwa penting ini turut diceritakan al-Quran dalam surah ali-Imran dari ayat 102 hingga ke akhir surah.
Abu Sufyan menyimpan perasaan dendam setelah kalah dalam perang Badar, dan memimpin tentera seramai 3000 orang. Rasulullah SAW tidak mengetahui rancangan perang Abu Sufyan melainkan setelah pasukan Quraisy tiba di Gunung Uhud yang berhampiran dengan Kota Madinah. (Abu Sufyan bin Harb ketika ini adalah bapa mertua Rasulullah kerana Rasulullah mengahwini anak perempuannya Ummu Habibah)
Abu Sufyan bersama tenteranya mengancam keselamatan dan keamanan Kota Madinah sebagai ibu Negara Islam ketika itu.
Setiap ternakan yang berkeliaran di sekeliling Kota Madinah, Abu Sufyan terus menangkap dan merampasnya. Setiap kali Abu Sufyan melihat seorang lelaki Madinah tanpa megira Muhajirin ataupun Ansar, dia terus mengganggu seperti menghina, memaki atau memukul.
Sebaik sahaja Rasulullah mengetahui tindakan jahat Abu Sufyan berserta pasukannya, Baginda naik ke atas mimbar dan menyampaikan pidatonya yang bersejarah:
Wahai saudaraku, jika orang zalim sudah melampaui batas,
Jihad dan perang demi mempertahankan maruah adalah wajib,
Hunuskanlah pedangmu yang tajam itu dan bukalah sarungnya,
Sebab sekarang pedang tidak boleh lagi berada dalam sarungnya.
Baginda mengadakan mesyuarat bersama para sahabat di dalam masjid:
“Berilah pandangan terbaik kepadaku bagi menghadapi pasukan musuh ini? Bagaimana sekiranya kita tetap kekal di dalam ibu Negara Islam, Madinah dan peperangan dilancarkan dari sebelah dalam pertahanan Madinah? atau, bukankah lebih baik jika kita mendatangi mereka ke luar Madinah lalu memerangi mereka di sana? Bagaimanakah pendapat terbaik?”
Para pembesar sahabat turut menyokong saranan Nabi supaya peperangan dilancarkan di dalam Kota Madinah. Serta, Abdullah bin Ubay (pemimpin kesesatan, kebodohan dan kemunafiqan) turut menyokong untuk bertahan di dalam Madinah.
Namun golongan pemuda ( lebih kurang 80 orang, berumur 20-30 tahun) memprotes cadangan ini. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, kita tidak mungkin tetap bertahan di dalam Madinah. perlu diketahui, setiap musuh yang berjaya masuk ke dalam sebuah negeri dan melakukan serangan ke atas penduduknya pastilah mereka mengalami kekalahan dan penindasan.”
Seorang pemuda berkata: “Wahai Rasulullah! Marilah kita berangkat menyerang musuh. Janganlah engkau perangi mereka dari dalam kota Madinah. Jangnlah engkau tegah diriku ini daripada memasuki syurga. Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, saya amat menginginkan masuk ke dalam syurga.”
Rasulullah tersenyum sambil bertanya: “Apakah bekalanmu untuk masuk ke syurga?”
“Dengan 2 bekalan: 1- saya tidak akan melarikan diri dari medan perang. 2- saya amat mencntai Allah dan RasulNya. Inilah bekalan saya menujuke syurga.”
Rasulullah SAW berasa terharu sambil menitiskan air mata lalu bersabda: “Jika janjimu benar, tentu Allah mengabulkan niatmu itu.”
Akhirnya ramai sahabat yang menyokong cadangan pemuda itu.
Ketika Rasulullah SAW sampai di Gunung Uhud; Baginda melihat kiri dan kanan, namun tiada apa yang dapat menghalang pasukannya dari melarikan diri selain daripada padang sahara. Dan, Baginda menjumpai bukit kecil (Jabal Ar-Rumat), dan dijadikan pusat ketenteraan serta melantik 70 orang (dalam buku lain dikatakan 50 orang) sahabat sebagai pemanah. Baginda berkata:
“Pemimpin kamu adalah Abdullah bin Jubair. Kamu mesti tetap berada di atas bukit ini. Hujanilah kafir Quraisy dengan anak panah jika mereka menghampiri kami. Sekiranya mereka mengerumuni kami bagaikan sekumpulan burung datang mengerumuni daging untuk memakannya, maka janganlah kamu turun dari bukit selama-lamanya hinggalah akhir peperangan.”
Dalam buku ‘al-Quran Berjalan (rahmat bagi sekalian alam)’ karangan Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni:
Al-Bukhari Rahimahullah dalam kitab “Peperangan, Bab Perang Uhud”, berkata: Dari al-Barra’ bin ‘Azhib r.a, katanya: “Kami mendatangi bukit Uhud bersama-sama Rasulullah SAW bagi memerangi kaum kafir Quraisy. Baginda melantik seorang lelaki yang bernama Abdullah sebagai pemimpin pasukan pemanah dan mereka diletakkan di atas puncak gunung Uhud.”
Al-Barra’ berkata: “Sebaik peperangan dimulakan, pasukan musyrikin mengalami kekalahan dan terus lari tunggang-langgang sehingga saya melihat tumit dan betis perempuan-perempuan mereka yang ingin menyelamatkan diri dengan menaiki kawasan pergunungan.”
Tatkala pasukan pemanah kaum muslimin melihat kaum musyrikin melarikan diri, mereka meninggalkan tugas dan meluru turun dari puncak gunung Uhud untuk mengambil bahagian harta rampasan perang. Dengan begitu, mereka telah menyalahi perintah Rasulullah SAW agar tetap tinggal di atas gunung, meskipun apa jua yang berlaku. Berikutan itu, pasukan muslimin mengalami kekalahan dalam perang Uhud. Kami mendatangi Rasulullah SAW bagi mencari perlindungan dan kami dapati Baginda sedang duduk yang dikelilingi oleh Abu Bakar dan Umar.
Tiba-tiba terdengar suara Abu Sufyan menyeru: “Adakah Rasulullah masuh hidup?”
Tiada sesiapa pun yang mahu menjawab seruannya itu.
Abu Sufyan menyeru lagi: “Apakah Abu Bakar masih hidup?”
Tiada sesiapa pun yang menjawab seruannya itu.
Abu Sufyan menyeru lagi: “Apakah Umar masih hidup?”
Tiada seorang yang menjawab soalannya itu.
Kemudian Abu Sufyan berteriak dengan lantang diikuti perasaan gembira: “Jika mereka itu sudah mati, maka kami tidak perlu lagi meneruskan peperangan ini.”
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Umar tidak dapat menahan perasaan marah yang memberontak di dalam dirinya. Dia terus berdiri dan berkata: “Tidak! Kami belum mati lagi. Demi Allah, Allah masih lagi menghidupkan orang-orang yang kamu anggap sebagai menyusahkan kehidupanmu, wahai musuh Allah. Ini dia Rasulullah SAW masih hidup! Ini dia Abu Bakar masih lagi hidup. Dan ini Umar, masih lagi hidup!”
Abu Sufyan berkata: “Hidup Hubal!” (Hubal adalah nama berhala yang menjadi sesembahan pasukan musyrikin Makkah).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Balaslah kata-katanya itu.”
Para sahabat berkata: “Kata-kata apakah yang harus kami ucapkan untuk membalas slogan mereka itu?”
Baginda bersabda: “Katakanlah: Allah Maha Tinggi dan Maha Mulia.”
Para sahabat pun melaungkan slogan tersebut kepada pasukan musyrikin.
Abu Sufyan berkata: “Kami memiliki Al-‘Uzza, manakala kamu tidak memiliki Tuhan yang bernama al-‘Uzza itu.”
Rasulullah SAW bersabda: “Balaslah kata-katanya itu.”

Baginda bersabda: “Katakanlah: Allah adalah Tuhan kami dan kamu sebenarnya tidak mempunyai Tuhan.”

Kemudia Abu Sufyan berkata: “Dengan berakhirnya peperangan ini, kami telah membalas kekalahan pada peperangan sebelumnya dan ia seimbang.”
Rasulullah SAW atau sebahagian sahabat berkata: “Tidak ada persamaan di antara kita. Pahlawan kami yang mati masuk ke dalam syurga, manakala pasukan kamu yang mati pasti masuk ke neraka.”

Tentera Islam yang pada awalnya 1000 orang, akhirnya tinggal 700 orang (50 tentera berkuda, 650 berjalan kaki) sahaja disebabkan oleh orang munafik yang menarik diri dari medan peperangan pada saat telah bersiap sedia ke medan perang.
Zubair bin Awwam = ketua sebelah kanan, Munzir bin Amru = ketua sebelah kiri, Musab bin Umair ditugaskan membawa bendera.
Manakala tentera musyrikin Quraisy 3000 orang tentera:
900 kaum musyrikin Mekah (17 orang daripadanya wanita), 2000 tentera-tentera yang diupah dari Kaum Habshi, 100 orang Kaum Thaqif dan Taif. Mereka membawa bersama 200 ekor kuda, 3000 ekor unta dan 700 keping baju besi.
Perang dimulai dengan satu lawan satu apabila tentera-tentera musyrikin mencabar pihak tentera Islam. Akhirnya 12 orang tentera musuh tersungkur di tangan pahlawan-pahlawan Islam iaitu Ali bin Abi Talib, Zubair bin Awwam, Hamzah bin Abdul Mutalib dan lain-lain.
Abu Sufyan marah dan kecewa lalu mengisytiharkan perang, mengarahkan tenteranya menyerbu pihak tentera Islam. Rasulullah SAW menggunakan strategi secara berlapis-lapis. Barisan pertama bertempur dengan musuh yang datang menyerbu, barisan kedua menyerbu musuh yang sedang bertempur dengan barisan pertama dan barisan ketiga membantu barisan pertama dan kedua.
Ramai tentera musuh mati kerana serangan daripada tentera Islam yang datang berlapis-lapis. Akhirnya mereka berundur dan meninggalkan medan perang serta meninggalkan harta dan binatang-binatang mereka.
Melihat tentera Islam yang turun dari bukit Uhud, Khalid bin al-Walid pemimpin pasukan Quraisy bersama tentera berkudanya menawan bukit Uhud; yang mana Ibnu Jubair terbunuh dalam usahanya untuk mempertahankan bukit Uhud.
Selepas itu, keadaan tentera Islam menjadi kucar-kacir. Tentera Khalid menyerang dari arah depan manakala tentera Abu Sufyan dari arah belakang. Ada tentera Islam meninggalkan Uhud. Tinggal Rasulullah bersama 7 orang sahabat yang tetap bertahan. Menjelang akhir pertempuran, ramai kaum muslimin kembali semula ke medan perang dan berhimpun di samping Rasulullah. Luka parah dan tusukan anak panah boleh didapati pada tubuh Rasulullah.
Salah seorang sahabat, Kaab bin Malik yang tidak percaya dengan kematian Nabi Muhammad, menemui sahabat-sahabat yang melindungi Nabi Muhammad. Pada ketika itu Nabi Muhammad menukar pakaian dengan sahabat lain bagi mengelirukan musuh. Apabila mengetahui Nabi Muhammad masih hidup, Kaab berasa gembira sehingga menjerit sekuat hati,
“Wahai kaum muslimin! Ketahuilah, Nabi Muhammad kekasih Allah masih hidup!”
Kaab menggempur musuh dengan kudanya seolah-olah mendapat kekuatan semangat baru.
Kemudian datang pula Ubai bin Khalaf, dia menjerit dan berkata, “Di manakah orang yang mengaku dirinya nabi? Kalau dia berani, keluarlah bertarung denganku satu lawan satu! Di mana Muhammad? Aku tidak akan hidup jika membiarkan Muhammad terus hidup!” kata Ubai dengan sombong. Dia telah berlatih selama 1 bulan mengenderai kuda dan mengasah pedangnya dengan racun. Dia mengenakan baju besi melainkan pada bahagian bahu itupun sebesar duit syiling, sementara di sebelah luar dilapisi baju biasa.
Mendengar cabaran Ubai, Rasulullah bersiap sedia dan meminta sahabat-sahabat yang melindunginya memberi ruang untuk membunuh Ubai. Mush’ab bin Umair mengahalangnya dari mara menghampiri Rasulullah. Dengan terbunuhnya Mush’ab, tersebar bahawa Rasulullah telah terbunuh kerana Mush’ab amat menyerupai Rasulullah. Tentera Islam tidak mampu lagi untuk memegang pedang, mereka hanya duduk termenung kerana selama ini Rasulullah merupakan sumber inspirasi mereka.
Seorang sahabat berjalan di hadapan mereka yang telah hilang semangat. Mereka berkata: “Rasulullah telah terbunuh!”
Sahabat tadi dengan pantas menyahut: “Kalau begitu, apalagi yang bakal kamu harapkan dari kehidupan ini? Bangkitlah! Seranglah musuh-musuh itu! Biarlah kita semua mati sepertimana Rasulullah juga mati!”
Kemudian Allah SWT menurunkan firmanNya berkaitan peristiwa ini dalam surah ali- Imran ayat 144 dan ayat 146.
Ubay turun dari kudanya menghampiri Rasulullah dan menghunus pedangnya, Rasulullah meminta sebilah tombak dan Baginda menghujamkannya kearah tubuh Ubay.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal: 17
“……dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir)….”
Tombak yang dilempar Nabi SAW terus menghala bahunya hinggalah menepati sasaran. Ubay jatuh tersungkur dan mati.
Terdapat kaum wanita yang pada awalnya tidak ikut serta dalam pasukan tentera Islam. Tetapi ,apabila mendapat berita berkenaan kematian nabi dan ramai tentera Islam yang terkorban, mereka bergegas ke medan Uhud. Yang disertai oleh Siti Aishah, Nusaibah binti Kaab, Rumaisa binti Milhan dan lain-lain. Mereka membawa bersama uncang-uncang air dan ubat-ubatan bagi mengubati tentera Islam yang tercedera. Ada juga yang turut serta dalam perang seperti Nusaibah binti Kaab yang menerima 12 luka di tubuhnya.
Peperangan berakhir. Rasulullah SAW berdiri menoleh ke pelbagai arah. Di situ, Baginda mendapati 70 orang sahabatnya mati syahid. Rasulullah berdiri di hadapan para sahabatnya yang terkorban dan mengungkapkan kata-kata:
“Aku menjadi saksi ke atas kamu kelak pada hari qiamat bahawa kamu adalah mati syahid.”
Kemudian Baginda memerintahkan sahabatnya yang masih hidup supaya mengkafani sebagai syuhada’. Namun jenazah mereka tidak boleh dimandikan dan terus dimaqamkan tanpa disembahyangkan. Yang menyedihkan Nabi Muhammad adalah mayat-mayat sahabat disiksa. Hidung, telinga dan bibir mereka dipotong-potong. Apabila tiba pada mayat Hamzah bin Abdul Mutalib, Baginda menitiskan air mata. Telinga, hidung dan bibirnya dipotong. Lebih teruk lagi, dadanya dibelah serta jantungnya dipotong dan digigit-gigit. Nabi diberitahu, Hindun binti Uthbah yang melakukannya. (ada sumber yang mengatakan ini hadis lemah)

Terdapat banyak kisah-kisah lain yang terjadi ketika perang Uhud, antaranya bagaimana Hamzah dibunuh oleh Wahsyi bin Harb yang ketika itu seorang hamba, tetapi ketika zaman pemerintahan Abu Bakar, Wahsyi lah yang membunuh Musailamah bin Habib al-Hanafi ( Musailamah al-Kazzab, nama al-Kazzab diberi oleh Rasulullah yang bermakna pembohong besar) yang mengaku nabi selepas Muhammad. Ini adalah ketika perang Yamamah.
Kisah-kisah para sahabat yang begitu merindukan syahid seperti dahagakan air ketika di padang pasir yang panas terik, luka-luka di tubuh menjadi saksi seperti ‘Abdullah bin Jahsy, Anas bin An-Nadhr (sehinggakan hanya adik perempuannya yang mengenalinya menerusi telapak tangannya selepas dia mati terbunuh), Sa’ad bin Ar-Rabi’ dan lain-lain lagi.
Antara kisah lain yang menarik minat saya adalah sahabat Rasulullah, Abu Ubaidah yang berjasa besar apabila mencabut salah satu anak panah (dalam buku lain dikatakan besi yang tercucuk di pipi Rasulullah) yang melekat pada tubuh Rasulullah dengan menggunakan menggunakan giginya dan menyebabkan tertanggal giginya.
Diriwayatkan juga dalam peperangan berdarah ini, Rasulullah mengalami banyak luka, sebatang gigi Baginda patah, Baginda juga pernah terjatuh ke dalam lubang dan busur panahnya patah kerana tidak berhenti-henti memanah musuh. Inilah peribadi seorang pahlawan dan pemimipin yang unggul, berjuang kerana agama dan mempertaruhkan diri bersama-sama tentera. Ungkapan indah yang pernah diluahkan Rasulullah SAW setelah berakhirnya perang Uhud:
“Berdirilah kamu semua di sebelah belakangku. Aku ingin memuji Tuhanku Tabaraka wa Taala (sekarang ini).” (riwayat Muslim)
Alhamdulillah, berakhir sudah kisah Perang Uhud dan insyaAllah jika masih diberi nikmat umur akan disambung dengan kisah perang yang selanjutnya. Saya meminta maaf banyak-banyak jika terdapat kekeliruan dalam posting kali ini, agak bercampur aduk kronologi dan susunan ayat…mungkin, terlalu banyak yang ingin saya ceritakan (excited…hehe) dan posting agak panjang..jika ada kesulitan dan pendapat yang ingin diutarakan, boleh la komen, insyaAllah..kisah-kisah ini bukanlah sekadar ingin dijadikan bahan bacaan di waktu lapang atau sekadar penglipur lara, tapi cubalah kita mengambil ibrah dan penghayatan dalam usaha untuk lebih mengenali siapa idola kita (Rasulullah SAW), para sahabat, perjuangan mereka yang gigih patut dijadikan panduan dan contoh serta mungkin juga untuk mengenali musuh-musuh agama..
Wallah hu a’lam…
Wallah hu a’lam…