Saturday, January 31, 2009

Juara Sebenar


Walaupun pasukan aku kalah, namun aku telah menebusnya dengan menyertai acara 4 x 50m antara guru dan ibubapa. Pasukan kami berjaya memenangi Gold Medal. Tahniah aku ucapkan kepada pasukan aku, termasuklah diri aku sendiri. Hahahahahaha.


Majlis Penyampaian hadiah oleh Datuk Dr Khir Toyo.


Penyampaian hadiah untuk pemenang bertuah, tahniah.


Para peserta sedang bersiap untuk perbarisan lintas hormat.


Rumah Anggun yang bergaya.


Rumah Kuning begitu bersemangat, tapi mungkin bukan nasib kami tahun ni. Kami hanya dapat no 4 daripada 4 pasukan, kira nombor terakhir la, tahun depan cuba lagi. hahahahaha.

Friday, January 30, 2009

Dance Robik

Inilah berkat kesabaran aku mengajar dorg..Akhirnye dorg mampu menari dengan baik di bawah bimbingan aku hahahaha..

Sunday, January 25, 2009

Mode: Jalan Cari Hidup


Aku dengan begitu tenang sekali mengambil peluang cuti raya cina ni untuk jalan-jalan cari binatang bagi tujuan menyiapkan kajian aku. Tajuk utama kajian aku adalah jangan sesekali menyakiti hati binatang. Pernah aku mendengar satu pegangang kawan aku. Antaranya adalah kita boleh mengetahui sikap lelaki hanya dengan melihat bagaimana lelaki tersebut melayan binatang. Entah betul entah tidak tidak dapat la aku menghuraikan. Kepada rakan-rakan aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina. Kepada mak & ayah, anakanda minta maaf kerana tidak dapat pulang beraya dengan mak & ayah..

Saturday, January 17, 2009

Harga Seorang Isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Berhati-Hati

tolong sebarkan if korang sume sayangkn ISLAM!!!!
write 'makkah' but dont write 'mecca' coz 'mecca=house of wine'...
write 'muhammad' dont write 'mohd' coz 'mohd=dog with a big mouth'...write Allah S.W.T' dun '4jji' coz '4jji' = for judas jesus isa almasih...send this to all musilm..
prkataan BYE adlh jarum sulit kristianyg BERMAKSUD dibbwh naungan pope..JGN gnekn A'KUM sbb ia BERMAKSUD binatang dlm bhs yahudi..SEMEKON plak brmksd celaka kamu..jd GUNAKAN prkataan SALAM as a singktn bg assalammualaikum...tlg foward pd umt islam yg laen..UTK ELAKKN DARI DIRI BUAT DOSA YG XDISENGAJAKN..
TOLONG SEBARKAN..klu nk beli alquran..yg dicetak edisi bru..hati2..cuz ade yg palsu 1-surah al iman 2-surah al wasaya 3-al tajasud n 4-al muslimoon..JGN sesekali LAYARI http://www....
thequran. com............ coz sume isi laman tu palsu..SEBARKAN JIKA ANDA SUME SAYANGKAN ISLAM..

Friday, January 16, 2009

Lagu Bangsa Johor

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

Kepenatan Mendalam

huhu...arinie aku merasakan cukup penat yang amat mendalam...semenjak aku terlibat dengan pengajaran PPSMI...aku merasakan sangat la penat..dah la kena ajar dalam BI..pastue aku dah r sengal dengan english huhu..tadi kan aku hantar la baju kat dobi...berat baju aku untuk seminggu hanya 3.11Kg..tapi yang sengalnya aku nak la baju aku tu wangi...aku pun cakap la kat tokei kedai tu suh wat baju aku wangi...ade ke dia suh tambah duit sambil berkata "Dunia Sekarang Benda Yang Wangi Adalah Sangat Mahal Harganya"...waaa aku terduduk sambil menahan air muka yang bengang...Untuk makluman korg lokasi kedai dobi tu ialah di Taman Sri Pulai...Nama kedainya ialah Kedai Dobi Cengal..hahahaha...Sampai berjumpa lagi kengkawan...Yang penting aku xkena basuh sendiri baju aku...

Saturday, January 10, 2009

Rumah Kuning Juara!!!!!!!!!


Rumah kuning adalah bakal juara dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sek Taman Sutera..Ayuh murid-murid ku sekalian, buktikan yang kita boleh berjaya dan mengalahkan rumah lain yang bukan hebat mana pun hahahahaha..Dibawah bimbingan Cikgu Pariey yang berpengalaman dalam bidang sukan, pasti korang semua akan berjaya hahahahaha...

Friday, January 2, 2009

Peristiwa sedih

Aku berdepan dengan peristiwa sedih sepanjang perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Johor Bharu dimana aku telah kehilangan sebuah beg akibat kecuaian pemandu bas Transnasional. Aku berharap agar pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap pemandu bas tersebut. Dah la lembap bawak bas.