AYAM jantan kesayangan atuk berkokok nyaring di atas tunggul rambai. Seekor ibu ayam datang terkedek-kedek dari balik semak, menunjukkan skill menggoda yang dipraktikkan sekian lama. Sayang, taktiknya tak menjadi, ayam jantan itu melompat turun menuju ke arah reban.
Kih..kih..padan muka. Aku tersengeh sendiri, betapa seronoknya melihat
kekecewaan ayam itu. Kau ingat kau bagus?
"Hai, dah tebiat ke sengeh sorang-sorang?" Erk! Senyuman yang manis
macam gula kurasa mati. Perasaan gembira tadi terbang entah ke mana bila
manusia yang paling aku tak gemar muncul tanpa diundang di depan mata.
Kalau boleh wish dah lama aku nak matikan diri macam Snow White kat atas
pelantar ni.
"Apa hal duduk sorang-sorang kat belakang nie? Dekat reban ayam pulak
tu..layan perasaan ke?"
"Memang!" jawabku, biar dia rasa bersalah sikit. Suka sangat mengacau
ketenangan orang! Aznil tersenyum, macam terkena aje.. "tunang awak suruh saya sampaikan amanatnya.."
"Tak payah cakap apa-apa lagi..awak bagi tahu dia..tak hingin saya nak
dengar.."
"Cuba dengar dulu..dia kirim salam sayang, minta maaf banyak-banyak
kalau ada buat salah, dia cakap sebenarnya dia bergurau aje.." What?!
Aku membulatkan mata macam bola golf. Bawak perempuan lain dengan motor
buruk dia depan aku just bergurau?
"Awak maafkan tak?" Aznil merenungku lama.
"Apa susah sangat ke nak cakap I am sorry direct to the point dengan saya?" Soalku geram. Tiap kali nak minta maaf selalu macam tu, tersengeh-sengeh macam orang gila talak.
"Okeylah sayang.." sayang? Nak muntah!
"Saya minta maaf pasal tadi,"
"Senangnya cakap! Awak ingat elok sangat la perangai awak tu? Mak cik
Tipah tu siap laser melaser saya tau tak cakap mudah sangat biar tunang
usung anak dara orang lain, tau tak?"
"Aii..marah? Tadi cakap tak kisah kalau saya hantarkan si Rohana tu..Dah
awak cabar sangat saya..saya buatlah!"
"Awak ni kann eiiii!" Aku tak mampu berkata apa-apa lagi. Benci betul
aku tengok muka Aznil. Sama bencinya aku tengok cicak yang selalu
menggugurkan bom black and whitenya atas katil aku.
"Awak ingat saya pelik sangatlah awak berjaya bawak budak tu naik motor?
Eh..tolong sikit..dah lah! Menyampah!" Tanpa menunggu lama aku terus
berlari menuju ke dapur. Mak sedang sibuk memotong daging untuk dibuat
masak kicap .
"Eh, mana si Aznil? Tadi mak nampak ada sama kamu kat pelantar
tu..mengapa tak ajak minum dulu?"
"Dia dah minum racun!" jawabku lalu segera masuk ke bilik. Biar mak
confuse sendiri.. Malas aku nak layan orang macam si BUAYA TEMBAGA tu.
Aku pun kadang-kadang tak mengerti kedudukan kami ni. Tiga bulan lalu
tak disangka-sangka family Aznil datang membawa hajat yang amat
mengejutkan aku. Aku tak pelik sangat kalau dia orang nak jodohkan aku
dengan sepupunya yang baru balik dari State tu, boleh tahan jugaklah
handsomenya. Tapi bila mak cakap sebenarnya pinangan tu untuk dijodohkan
dengan Aznil aku rasa macam nak mati. Macammana nak percaya, sejak dari
kecil lagi sampailah sekarang tak pernah berbaik apatah lagi nak hidup
bersama..seumur hidup pulak tu! Tapi..aku pun pelik dengan diri aku.
Masa mak tanya dulu aku just cakap suka hati mak la..ialah kan..dah
berbesen-besen air liur mak mempromosikan si buaya yang dia berkenan sangat tu..dari celik mata sampai nak tutup mata balik cerita kebaikan si Aznil tu menyumbat telinga..aku pun cuma menurut ajelah..aku ni anak baik..Dan..yang aku hairan sama tu..si Aznil pun macam tu juga..sikit tak bantah. Jodoh orang tua kekal katanya, mak dia ceritalah! Macam mana dengan girlfriends dia yang bersepah-sepah tu? Apa jadi pada si Baya, Yati, Rina lebih-lebih lagi si Tiara bohsia tu, dulu bercinta bagai nak
mati, sampai pernah serang aku gara-gara si Aznil celaka tu tujukan lagu
Belaian Jiwa nak mengenakan aku, unplugged lagi kat dewan sekolah masa
majlis Perpisahan Pelajar-Pelajar Senior form 5 & 6 1995.
Aku? Aku macammana? Perasaan cinta memang tak pernah wujud dalam hati.
Zaman remaja, alam persekolahan kuhabiskan dengan pelajaran dan
kawan-kawan. Cintan cintun ni aku memang tak minat, lebih-lebih lagi ada
insan yang bertanggungjawab menyebabkan aku tawar hati sampai la
ni..Siapa lagi kalau bukan si malaun penyangak kampung dusun tu..asal
ada saja orang mengorat aku dia dah buat announcement aku ni girlfriend
dia dunia akhirat..pantang aku ada secret admirer dia pandai-pandai jadi
investigator tak bertauliah mencari si jejaka misteri. Bila dapat tahu
siapa, faham-faham sajalah, habis ditorturenya orang tu sampai tak
berani nak minat kat aku lagi..siapa tak bengang? Dah tu nakalnya tuhan
saja yang tahu. Makmal sains tu dah pernah terbakar gara-gara dia..kalau
setakat bilik disiplin tu macam istana hinggap dia..ada saja yang tak
kena. Tapi memanglah tak dinafikan teori orang dulu-dulu budak nakal ni
cerdik..dia adalah salah seorang daripadanya. Aku pun pelik macammana
dia belajar sampai boleh dapat 10A1 dalam SPM..
Tapi..yang misterinya kenapa setelah meninggalkan zaman itu tuhan takdirkan kami begini? Terus terang aku katakan aku tak pernah membayangkan akan hidup bersamanya..seteru nombor satu yang pernah menjadi nightmare aku ishh..macammanalah hidup aku nanti,
ishh..ngerinya!
"along," Ina dah pun masuk tanpa izin. Hiss..masa orang nak melayan
perasaan masa tu la dia mengacau!
"Ngapa ni? Tak pergi kelas tambahan?"
"Kelas tambahan apa..along ni mengigau ye? Cuba tengok jam pukul
berapa?" Aku menoleh ke arah dinding. A ah, dah dekat pukul 6.30 rupanya..patutlah adik aku dah balik ke rumah.
"Itulah memerap lagi..Ina dengar along tak tolong abah kat gerai tadi,
ngape?"
"Orang pening kepalalah!" jawabku. Malas nak layan si renek ni lebih-lebih.
"Pening kepala ke..sakit hati?" Ina tersengih.
"Eh sibuklah! Pergi main jauh-jauh..biasalah kan..tuan puteri macam
along nie kena rehat banyak.."
"Ceh..tuan puteri konon..piiiirah! Puteri Tom Yam! Malas Ina nak duduk
sini lama-lama..kang ada pulak perasan jadi Maharani..nah!" Sekuntum putik mawar merah segar dihulurkan kepadaku.
"Ina jumpa Abang kat bandar tadi, dia suruh kasi bunga ni kat along," Ye ke? Hemm..faham sangat..kalau bagi bunga tu tandanya I am sorry! Huluran Ina kusambut.
"Sementara orang tengah sayang nie..baik layan Along..Abang Aznil tu
kalau dah hilang sabar..10 kali ganda cun dari along pun dia boleh dapat tahu?"
"Eleh ingat along ni teruk sangat ke?"
"Hemm..susah cakap dengan kepala batu!" Sungut Ina sebelum keluar dari
bilik. Aku cuma tersenyum.
"HAI!" Aku tidak jadi membungkus nasi lemak yang diorder oleh dua orang
budak di depanku. Aznil dengan selamba mencapai secubit ikan bilis goreng dari bekasnya, membuatkan dua budak tadi tersengeh. Balik-balik muka dia ni lagi. Memang selalunya Aznil akan datang ke sini kalau dia tak sibuk di kolam udang harimaunya. Hari ini mesti ayahnya keluar ke bandar sebab Perdana V6 warna hitam tiada. Cuma bawa motor buruk aje ke sini.
"Nak makan apa?" soalku sambil menyerahkan dua bungkus nasi lemak kepada budak itu.
"Daging harimau masak kicap dengan Rendang Godzilla," Aku menjelingnya
geram. Aznil cuma tersengih macam tak bersalah. Dua orang budak kecil itu tertawa kelucuan.
"Sampai matilah tak dapat kalau macam tu punya selera!" jawabku selamba.
"Mati pun tak apa..asalkan kat tangan awak," Aku jeling dia macam nak
terkeluar biji mata.
"Tu kuey teaw goreng siapa?" Soalnya sambil mengerling ke arah pinggan
di atas meja.
"Saya punya awak nak ke?" soalku sambil mencapai pinggan tapi..
"Emm..sedap!" Aznil sudahpun menyuapkan kuey teaw itu ke mulutnya.
"Kan saya punya tu..saya dah makan tadi.."
"Tak apa..fiance saya punya gak.."jawabnya selamba. Aku cuma menggeleng kepala.
"Abah mana?" hai..belum apa-apa dah panggil abah? Macam confident je
orang nak kawin ngan dia..
"Abah pergi bandar jap..bayar bil telefon," jawabku sambil menarik
kerusi duduk di depannya. Aznil mengangguk faham sambil meneruskan
suapannya. Seketika kemudian dia tiba-tiba mengerut kening.
"kenapa?" soalku hairan.
"Siapa masak kuey teaw ni?" soalnya.
"Abahlah,"
"Nasib baik " dia seolah-olah lega.
"Kenapa?"
"Nasib baik abah masak..kalau awak masak..sakit perutlah saya dua tiga
malam..pedas..masin..hemm..bak kata memang nazaklah!" Cis..
"Dah tu selama ni kalau saya masak apa-apa tu apasal awak makan sampai
tambah 3-4 kali?"
"Kang kalau saya tak makan awak kecik ati..satu hal pulak saya nak pujuk
balik..lagipun..yang tak sedap itulah penyerinya..betul tak sayang?"
mulalah tu!
"Kalau macam tu..tak payah lagi datang sini..penat je kita masak.." Tak tunggu lama aku masuk ke belakang. Malas nak layan buaya tu. Bila jumpa kalau tak bergaduh tak sah! Kalau macam ni la..alamat hari-harilah periuk belanga melayang!
Burrrkk! Opocot mak, kambing @ tenuk! Aku segera berpaling ke belakang.
Aznil tertawa kelucuan. Heii bukan dia tak tahu pantang aku kalau sendawa macam bunyi katak!
"Awak ni buruk laku la!"
"Tak apa, janji awak sayang kat saya," Cheh! Aznil tertawa lagi.
"Kan saya dah pesan, saya tak suka awak buat macam tu?" ujarku geram.
"Tak apa, yang tak disuka tu la yang menambahkan kemesraan!" jawabnya
selamba.
"Mesra? Mesra macammana? Mesra macam ni?" soalku sambil tangan meluru
mencubit lengannya.
"Adoiiii! Aww..Adoiii!!" rasakan! Cubitan semakin bertalu-talu hinggap di lengan dan perutnya. Biar, puas hati aku!
"EHEMMM!" Alamak! Abah?
"Dah lama Nil?" soal abah bersahaja dalam nada cool sambil meletakkan
seplastik sayur di atas meja.
"Err..baru je abah, Eh!! Pak long!" Aznil sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku bulat mata kasi amaran. Gila, ingat abah suka agaknya. Abah tu buka aku tak tahu, nampak je cool..kang kalau bukak ceramah kang.. berdesing-desing telinga! Tapi tak tahulah kalau dengan Aznil bakal menantu kesayangannya ini. Kadang-kadang aku tak faham abah ni. Namun aku dapat merasakan, kalau aku tolak pinangan dari keluarga Aznil dulu pasti abah suruh terima juga. Bapa Aznil dengan abah memang kawan baik sejak dari kecil lagi. Tak hairanlah kalau kami dijodohkan
semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Iyelah, kalau
bukan dengan Aznil siapa lagi? Dia anak bongsu, kebetulan semua abang dan kakaknya sudah berumah tangga.
"Dian, nanti panaskan sup tu," pesan abah. Aku menurut perintah. Abah mula sibuk memunggah barang-barang dari bonet vannya.
"Yang, anje balik dulu ye?" Makkk!!! Aznil tertawa lucu sambil bersalam dengan abah sebelum menghidupkan enjin motor buruknya. Sial betul dia ni, suka buat perkara yang aku benci. Ha ha ha..Alamak..abah sudah
terbahak-bahak tertawa melihat telatah kami berdua. Ya Allah..malunya!
"Dian balik kejap bah," tanpa lengah aku cabut lari balik kerumah. Nantilah kau!
"ALONG!!" nasi yang kusuap hampir-hampir tersembur keluar. Kalau terhambur betul sah kena tepat-tepat kat muka abah!
"Along cepatlah!" Fina berteriak lagi, mengalahkan suara nenek kebayan yang hilang tongkat saktinya.
"Apa dia?" soalku sambil membasuh tangan dan melangkah anak tangga menuju ke ruang tamu. Si Fina ni memang suka menjerit, sikit-sikit jerit, padahal jarak antara dapur dengan ruang tamu bukan jauh sangat, tak matinya kalau setakat nak panggil sesiapapun.
"Apa jerit-jerit ni Fina?" soalku kurang senang. Apa taknye, mak dah jeling-jeling tadi, sampai nak suap nasi pun tak selesa.
"Tu, buah hati telefon," jawabnya tanpa memandang mukaku. Buah hati? "Kau cakaplah kat dia along tak ada buah hati,"
"Ngade..Abang Aznil dah tunggu lama tu!" Fina mencebik geram. Mentang-mentanglah tengah syok tengok Mohabbatain..marahlah tu! Jiwang karat!
"Hello! Nak apa?"
"Mak oii..garangnya.."
"Apa hal awak telefon ni? Orang tengah makan tau tak?"
"Ala, saya pun belum makan lagi nie..tak apa..sama-sama lapar ye.."
"Jangan nak mengarut la..ngape telefon?"
"Mak saya suruh saya bawa awak tengok cita mat saleh malam ni.."
"Woi..tak sihat ye? Ingat saya ni apa? Dah jangan nak buat lawak,"
"eleh..orang gurau aje la.." Ha, tahu pun, pepandai sangat membabitkan mak dia dalam perkara ni..durhaka punya anak!
"Saya call ni nak tanya, confirm tak keluar esok?" soalnya. Aku kerut kening. Baru teringat siang tadi mak dia jumpa suruh tolong carikan kain langsir di bandar. Aku terdiam sejenak.
"Confirm la..kan mak awak yang suruh.." Jawabku.
"Naik motor yek?" dia mula mengusik. "Kalau macam tu, awak pergi sorang!" jawabku geram. Aznil tertawa mengekek. Bukan dia tak tahu aku tak suka naik motor dengannya. Bukan apa, dulu sekali aku pernah pergi kenduri di rumah saudaranya. Dia punyalah dengki, jemput aku naik motor. So tak ada choice la..Dah la bawak macam ribut, masa balik tu kain aku termasuk dalam rim, habis baju sutera kesayangan aku terkoyak. Lepas tu haram aku nak bertenggek kat motor dia. Nasib baik ganti balik baju sutera tu..kalau tak.. "Yan, boleh tak awak senyum sikit?" Dah, apa hal pulak suruh aku senyum ni? Gilo apo?
"Kenapa, kalau saya senyum pun bukan awak nampak. Nak suruh saya gila senyum sorang-sorang?"
"Eh, saya nampak" Kah..kah kah satu lawak antarabangsa yang amat menggelikan hati pak cik!
"Awak nak tahu satu perkara tak?" soalku. "Apa dia?"
"Awak ni buat lawak bodohlah..tak ada modal lain ke?"
"Saya pun nak bagitau satu perkara,"
"so, tell me now," ceh..speak london lagi..
"Muka awak tu huduh sangat kalau tak senyum.." Whatt!!!
"Eh, sukalah! Muka saya, buruk ke hodoh ke..kerepot ke..jelita ke..awak peduli apa?"
"Eh, mesti la peduli! Awak tu kan tunang saya..saya ni kan kacak, macho, handsome,cutebarulah sepadan.." Ya rabbi..perasan gila
"Nyusahkan awak ke kalau saya tak senyum? Penting ke? Mati ke?"
"Of course yes! Nanti cepat kerepot baru menyesal..saya kawin lagi satu nanti menangis tak berlagu.." Amboi sedapnya cakap! "Ohh..belum apa-apa dah berhajat besar nak bukak cawangan nie..Eh, kita tak heranlah! Pasanglah berapa awak suka, go to hell!"
"Aikk..bunyi macam jealous jer.."
"What? Please..tak ada masa nak layan awak!"
"Kalau macam tu tak apa la kalau saya keluar dengan Tiara malam ni?" Apa? Tiara? Awek lama dia?
"Hai..senyap je kecewa separuh mati ke.."
"Hei..tollong sikit..sudahlah!" Klik. Rasa nak gigit je telefon tu. Gerammm!! Bukan geram apa..sakit hati je. Eleh, dia ingat aku ni terhegeh-hegeh nak kat dia? Kalau tak fikir mak bapak tak hinginnya aku..bukan aku tak tahu perangai playboy dia tu. Tukar sana..tukar sini..macam tukar baju. Tapi dengan aku, sorry la. Kadang-kadang mahu saja aku putuskan pertunangan ini. Tapi aku tahu ianya tak mungkin terjadi dan tak akan terjadi. Banyak sebab yang membuatkan aku berfikir dua kali sebelum membuat keputusan. Pertama, aku fikirkan persahabatan abah dan Ngah Deli kalau kami memutuskan pertunangan ini. Tentu tak elok kan? Lagipun ibu Aznil baik sangat dengan aku, sejak dari dulu lagi sebelum pertunangan ini. Keduanya, dia ni tak adalah jahat mana..cuma nakal ngan mengada-ngada je lebih! Dia tak macam orang lain. Berdikari, menghormati orang tua, bijak, tak sombong dan paling aku suka, dia cukup gigih dan pandai mengumpulharta. Dalam usia yang muda macam-macam dia dah buat, buka kolam ikan,buat restoran terapung..ladang berekar-ekar dengan tanaman kormesil..tapi..dalam situasi macam nie, tak kawin dengan dia pun tak apa!
"Gaduh lagi la tu.."Fina rupanya menjadi pendengar setia sejak dari tadi rupanya. Eleh..yang kau sayang sangat kat dia tu kenapa..kau nak kawin dengan dia? Ha..pergi kawin!
"Along tu memang.." si Rina pula menyampuk, entah bila dia datang kesini aku pun tak perasan.
"Abang Aznil tu bagus tau along, tak rasa apa-apa ke kat dia?" satu soalan bodoh keluar dari mulut Fina.
"Kalau Rina la..tak lepas punya..tak kuasa nak gaduh-gaduh nie..orang bodoh je buat macam tu..rugi!" Rina tersengih macam kerang busuk.
"ah..sudahlah! Apa bagus sangat si mamat tu? Cuba bagi tahu sikit pada beta yang cun dari korang nih.." sengaja aku nak meloyakan tekak Fina dan Rina.
"Iyelah..abang Aznil tu dah la handsome..rajin..ada degree lagi..baik..pandai cari harta..pulak tu selalu belanja kami makan best- best..kalau pegi ladang tak bawak balik buah mempelam ke..jambu madu ke..limau manis ke..nangka madu ke..tak sah..dah tu terror maths pulak..bukan macam along tu..tidur..baca novel..tido baca novel..tu la kerjanya.."
"Ohh..kalau si Aznil tu sayang mengalahkan sayang kat aku.." Rina dan Fina cuma tersengih. "Sayangilah Abang Aznil sepenuh hati along..banyak benefits yang dapat kami tumpang sekaki nanti," Macam ahli politik si Fina menasihati aku.
"Benefit apa yang kau orang nak tumpang sekaki?"
"Tu..virago sebijik V6 tu..Kembara yang dia selalu bawa masa kita tengok Teratak Azyan..sempena nama Along dan dia tu..ala yang kat tepi tasik tu.." Aku cuma menggeleng kepala. Dasar materialistik!
"Lagipun kami nak" Fina dan Rina saling tersenyum.
"Nak apa?" soalku.
"Nak anak buah cepat!!" What!! Rina dan Fina tertawa besar. Celaka punya adik!
"Sudahlah kau orang!"
JAM sudah menunjukkan pukul 1.20 tengah hari. Bermakna sudah hampir dua
jam aku tercongok depan bank ini. Pak Guard yang bermisai lentik itu sejak dari tadi asyik memerhatikan aku. Mungkin suspek aku nak merompak bang ni agaknya! Manalah mangkuk ayun ni Peluh dah mengalir membasahi belakang. Setan punya tunang! Janji pukul 11.00 tunggu kat sini. Ni, dah berapa abad aku tunggu? Kalau tak memikirkan emak dia suruh tolong belikan barang dengan dia dah lama aku blah! Buat sakit jiwa je tunggu kat sini. Nak kena ni..
"Err..Dian ke ni?" Aku berpaling. Alamak ni si minah mana pulak nie..
"Oi..tak kenal aku ke?"soal gadis itu sambil tersenyum.
"Aina ke? " tanpa sedar kami telah berpelukan. Tak sangka betul teman yang dulu terkenal dengan tomboynya dah bertukar watak yang tidak diduga.
"Lepas SPM terus senyap ye..dah lupakan kita ke?"
"ala..aku ikut parents pindah Sabah..sorry la..err..kau tak cam aku ye?" Aina tersenyum sambil membetulkan hujung tudung biruku yang terkelepek di tiup angin.
"Aku masih di UTM sekarang..aku balik sini rumah mak mertua.." jelasnya lagi.
"Dah lama ke kau kawin..tak cakap pun.."
"tak tahu how to contact..kau macammana?"
"Aku? Aku duduk rumahlah..lepas habis diploma kat UiTM aku tolong abah aku tu kat gerai..tapi aku try gak apply untuk degree.."
"So, dulu kau di ITM la..UiTM mana?"
"Jengka.."
"Aznil macammana? Dengar dia dah bertunang ye?" Alamak! Aku cuma tersengih. Kalau si Aina ni tahu mampus la aku kena kutuk. Dulu kalau si Aznil tu la buaya..setan..kutu berahak..kutu babi..semua yang jahat-jahatlah! "Mana kau tahu?"
"ala..tadi aku jumpa dia dengan Tiara minum kat Restoran Bonda kat sana tu..tak sangka ye. Sampai sekarang still bersama..baguslah cinta ke jinjang pelamin.." What? Aku cuma mampu tersenyum menahan gelora.
"Kau sure ke tu Tiara?" Soalku, manalah tahu si Aina ni salah orang.
"Tiara tak berubah..macam dulu jugak..aku tanya si Aznil, dia sendiri mengaku dah bertunang..err..okey la Dian, aku dah lambat nie..jumpa lagi.."
"Datang rumah Aina..ni no. telefon aku," aku menulis sepantas yang boleh dan menghulurkan kepadanya. Aina senyum dan kami bersalaman. Aku terpaku sejenak. Dia jumpa Tiara? Tiara ex-girlfriend dia yang kurang ajar tu? Sejak bila hubungan mereka terjalin semula? PHINN!! Perdana V6 itu berhenti di depan bangunan Bank Pertanian.
"Sorry lambat," Aznil tersenyum seperti biasa sebaik saja terpacak di depanku. Cepat dia membukakan pintu kereta. Aku mengangkat kening.
"apasal lambat? Jammed ke?" soalku.
"Hemm..jam teruk..!!"
"Traffic jammed dengan siapa? Dengan nenek awak?"
"ah..dengan nenek kebayan.." jawabnya disusuli tawa kecil. Hii..terbakarnya hati..Ingat aku tengah buat lawak antarabangsa agaknya..
"Puas hati? Dua jam saya tercongok macam orang bodoh kat sini, tapi awak
sedap jer minum dengan girlfriend awak .." Aznil merenungku lama. Baru perasan aku tengah marah?
"sorry la.." Pintanya cukup membuatkan aku sakit hati.
"Awak jumpa Tiara kan?" Aznil membisu. Cukup membakar perasaanku kala itu.
"Saya tak suka awak perbodohkan saya macam awak perbodohkan girlfiends awak tahu?!" Tak tunggu lama aku meninggalkan tempat itu. Aku tak kisah kalau si Aznil bertemu Tiara, tapi aku cukup kecewa kerana tertipu dan dipermain-mainkan!
ANGIN petang bertiup lembut membelai rambut. Petang-petang begini memang syok layan blues kat atas pelantar sambil tengok ayam-ayam makan. Mujur keliling rumah banyak pokok, kalau tak..aku bangun menghampiri pokok jambu merah yang sedang lebat berbuah.
Emm..kalau makan cicah ngan gula nie tak tunggu lama aku segera memanjat pokok jambu itu. Tiba di dahan yang paling atas aku berjuntai sambil memetik setangkai jambu yang masak ranum. Nyamm bestnya! Sebenarnya dah lama tidak mempraktikkan kerja-kerja memanjat ni. Sejak berada di ITM Jengka aku jarang balik, keadaan yang tidak mengizinkan. Dua tahun setengah aku di sana, membawa haluan hidup selepas tamat sekolah. Waktu itu Aznil telahpun berada di oversea menyambung pelajarannya. Sejak itu jugalah hidupku aman daripada gangguan Aznil. Aku bersyukur sangat bila dapat tahu dia melanjutkan pelajaran ke UK selepas setahun persediaan di UiTM. Waktu itu aku masih form 4. Tak perlulah bertemu muka..bertekak..Kalau boleh digambarkan
perasaan gembira ini nak je aku lukis atas kertas yang paling besar kat dunia ni.
Masih terasa lagi sakit hati pasal hal tengah hari tadi. Aku cukup benci pada orang yang tidak berterus terang. Pasal dia jumpa Tiara tu lantaklah, peduli apa aku! Tapi, kenapa dia tak cakap awal-awal. Tak pun cerita aje la kat aku, bukan mati pun! Selama ni pun aku tak kisah, faham sangat perangai dia tu..lagipun kan ke Tiara tu girlfriend dia? Nak sangat balik kat Tiara tu no hal! Go ahead! Jumpa abah cakap nak putuskan pertunangan ini, tak mati aku kalau tak dapat dia..bersepah lagi orang nak kat aku..Yang aku geram tu kenapa tak kasi tahu????? Eiii geramnya aku pijak-pijak kepala kau! Bisikku sambil memijak-mijak dahan jambu itu. Prakkkk!!! Alamak?? Seraya itu aku rasa macam
terawang-awang di udara.
"Mak!!!!" Mampuslah jatuh atas tunggul kayu! Aku memejam mata rapat, menantikan saat tubuh terhempas macam nangka busuk di atas tanah. Tapi, terasa ada something menampung tubuh dan,
"Awak?" Aznil menurunkan aku perlahan-lahan. Aku control perasaan malu. Tadi baru sumpah nak pijak kepala dia, alih- lih dia yang sambut aku! Control ayu..control ayu
"Nak bunuh diri lain kali cari pokok yang tinggi sikit, ni tak cukup tinggi ni," perli selamba. Eh, ingat aku ni dah hilang pedoman nak bunuh diri?
"Nak sangat ke saya mati cepat? Suka la hati awak sebab tak ada orang yang mengganggu hidup awak kan?" Ambik kau nak sangat!
"Lagi la susah," Jawabnya sambil memetik sebiji jambu dari dahan yang paling hampir dengannya.
"Kenapa pulak?"
"Nanti saya nak kawin dengan siapa?" pura-pura tanya aku ? Peeeegii dahh!
"Kan Tiara ada.." sindirku sambil zelabuhkan punggung di atas pangkin.
"Marah lagi ke?" Hai buat-buat tanya pulak. Aku pandang ke arah lain.
"Rasa-rasanya?" Aznil tersenyum lantas duduk rapat disisiku.
"Tak kan le pasal tu pun nak marah..awak kan steady.." taik kucing!
"Saya tunggu awak lama tadi tau! Ingat kita ni apa tercongok depan bank tu..lain kali kalau berjanji tepatilah sikit..menyampah..bukan awak tak tau perangai saya yang memang pantang menunggu orang ni.."
"Ohhh..ni marah sebab lambat la..bukan pasal Tiara.."
"Eh..awak nak keluar dengan seribu perempuan pun saya tak heran la.."
"Ye ke? Habis kes kat gerai ari tu ..yang awak merajuk sehari suntuk tu..bukan pasal jealous ke?"
"Ehh..tolong sikit..tak kuasa tau jealous kat perangai buaya cam awak ni.." jawabku selamba.
"Habis tu..selama ni awak anggap saya ni macammana? Jangan nak bohong
la..saya tahu.."
"Habis awak tu macammana pulak?" soalku kembali. Aznil tersengih.
"tolong boleh tak Dian?" pintanya.
"Tolong apa?" soalku.
"Senyum! Biar cun sikit," Eh..macam ni punya kelles tak cukup lagi? Bodoh..tak pandai menilai..! Aku pandang ke arah lain. Tengok ayam lagi bagus daripada tengok muka dia..
"Dinda di manakah kau berada..rindu aku ingin jumpa meski lewat nada.."
"Jangan nak mengada-ngada tak suka dengar awak nyanyi lagu tu tau! Saya bukan dinda awak!" Aznil tergelak kecil.
"Hai..susah betul nak dapat senyum awak.." keluhnya.
"Dah tahu susah buat apa pilih saya?"
"tu yang adventurenya.." Ada saja jawapan yang menyakitkan hati. Aku sapu ngan taik ayam muka tu baru padan muka.
"Dian.." Aku tak alih muka sikit pun. Sakit hati bila mengenangkan perangainya yang gila-gila ni. Iye la kan..kalau benar dia sungguh nak kat aku..cuba ubah kelakuan tu sikit..awak tu tunang orang kalau aku buat kelaku serupa macammana? Sakit tak hati bila tengok aku membonceng motor lelaki lain? Keluar minum dengan orang lain?
"Yan.." serunya lagi bila aku membisu seribu bahasa. Tahu pun aku marah! Pling!! Sekuntum putik mawar merah muda terpacak di depan mata. Apologize le tu..
"Dian..i am sorry.." Ujarnya mengharap. Aku pandang wajah Aznil lama. Keikhlasan yang terpancar dari matanyalah membuatkan hatiku cair setiap kali kami berselisih faham. Paling best mesti ada setangkai mawar warna merah muda. Entah dari mana dia tahu bunya dan warna favourite aku..Dan ketika inilah nak tengok dia serius!
"Sebenarnya saya tak faham dengan awak ni, awak ni serius tak dengan saya ni?" soalku sambil membalas renungannya. Huluran mawar itu kusambut.
"Hui..soalan mencabar minda ni. Paper final exam pun tak sesusah ni," Aznil still nak berlawak.
"Macam ni la..oleh kerana awak dah lama jatuh hati kat saya, saya pun jatuh hati la kat awak.." Apa?
"Oi pak cik, sedar ke tidak ni? Bila pulak saya jatuh hati kat awak? Ayam tu pun nak muntah dengar awak cakap macam tu, tau?"
"Okey, kalau ayam tu tak muntah maknanya betul awak nak kat saya,"
Aku rasa nak je pulas telinganya kuat-kuat. Mana ada dalam sejarah ayam muntah!
"Tengok ayam tu tak muntah, berak je. Maknanya awak nak kat saya,"
"Eh, sorry..saya tak pernah cakap tau saya nak kat awak..saya bertunang ni pun sebab family tau.."
"Takkan sikit pun tak ada perasaan kat saya..tipulah!"
"Habis..buang masa saya je suka kat awak, awak kan ramai girlfriends..so buat apa saya nak bazirkan perasaan saya untuk awak?" Padan muka!
"Tu semua suka-suka je..mengisi masa lapang.."
"Habis, saya ni pun sekadar mengisi masa lapang?" soalku.
"Siapa cakap macam tu..awak lain.."
"Lain sebab saya ni selalu menyusahkan awak?"
"Ha..ya betulll!!"
"Aznil..???" Aznil tertawa kelucuan. Gerammnya!!!
"Dah, malaslah nak layan awak! Aku bingkas bangun dan meninggalkannya di
situ..
"ALONG! ALONG ALONG!!" suara kanak-kanak kedengaran dari bawah. Macam suara anak buah Aznil aje tu..Apa la budak-budak ni nak? Aku bangun dari pembaringan. Seketika, potret Aznil di sisi Virago kesayangannya kukerling. Serentak itu aku menjelir lidah, padan muka! Menyampah!
"ALONG ALONG!" "Apa ni panggil along kuat kuat ni..ingat ni rancangan kucen besar tu ke?" soalku sambil menjengahkan kepala keluar tingkap. Kelihatan Ipan, Tur, Epoi, Jenor, Putet, Acik anak saudara Aznil sedang menanti di bawah.
"Along, Ucu suruh Along gi jumpa dia kat sungai," Apai anak kakak Aznil yang kedua merenungku lama.
"Bila balik Apai?" soalku.
"Semalam mama suruh Along datang rumah, nenek pun suruh.." Aku tersengeh. Untungnya dapat bakal ipar dan mertua yang baik..memang adik beradik dia baik-baik..dia je yang tak baik!
"Along, ucu suruh along jumpa dia..penting!" Tur mengingatkan tujuan utama mereka ke sini.
"Cakap kat dia, along malas nak pergi, banyak kerja nak buat," jawabku. Malas nak layan kerenah Aznil.
"Tak boleh! Ucu cakap ini antara hidup dan mati.." Hidup dan mati?
"Kalau tak pergi tak boleh ke?" soalku. Budak-budak tu cuma menggeleng kepala. Ishh..ni buat aku tak sedap hati ni, tak pernah-pernah dia suruh aku jumpa dia, selalunya dia yang datang jumpa aku, lebih-lebih lagi kalau ada yang buat aku marah, pukul dua pagi pun dia sanggup datang selagi aku tak maafkan. Tak pun, dia nak buat surprise kot..macam hari tu..sanggup tempah mawar berdozen-dozen dari Cameron Highlands..lepas tu siap kasi rantai emas lagi gara-gara dia buat aku marah. Satu minggu aku mogok tak tegur dia..baru dia tahu kerasnya hati Diana Adurah ni..Adik-adik aku siap respect habis kat Aznil. Susah nak dapat lelaki yang sanggup buat macam tu katanya. Lagipun, setelah difikirkan semasak-masaknya..buat apa nak cari pasal dengan dia kan? Kalau dia main-mainkan aku tak kan sampai ke tahap ni. Melibatkan keluarga pula tu. Aku rasa aku pun dah mula suka kat dia..sebab sejak bertunang ni..walaupun marah..sehari tak tengok muka dia rasa macam tak mandi satu hari..rimas semacam..
"alamak..eh..mana bunga tadi?" soal Acik tiba-tiba. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
"Hah..ni dia.." Acik menghulurkan sekuntum putik mawar yang dah terperenyuk teruk. Mawar lagi?
"Dah lama ke Ucu tunggu along?" soalku sambil mencium bunga itu.
"Dah lama," Jawab Jenor sambil menyedut hingusnya yang hampir meleleh.
"Okey,jom kita pergi," Ajakku sambil menuruni tingkap itu.
"Oii..elok sangatlah tu..turunlah ikut pintu!" Teriak Ina dari ampaian bila tengok aku macam pencuri masuk rumah. Tak apa, nak jumpa tunang tersayang punya pasal!
"Biarlah Ina..orang baru belajar nak bercinta.." fina menyampuk lalu tertawa.
DERU air sungai dah kedengaran dari jauh. Kami melalui denai kecil untuk cepat sampai ke sungai . Apa yang dia buat kat sungai ni? Cari ikan kut..itulah kerjanya kalau tak sibuk di ladang atau di kolam udangnya. Sanggup simpan ijazah kerana nak jadi petani moden.
"along gi la kat bawah pokok buluh tu, kat batu batu tu.."
"Habis kau orang nak kemana?" soalku, risau jugak kalau berdua kat sini.
"Ucu ada ngan Ijan, ngan abang Rahim.." Oh..iye ke? Aku senyum dan menuju ke arah yang disebutkan. Apa la yang Aznil nak cakap ni? Setakat Ijan dengan Rahim tu aku tak kisah sangat.
"Hihihi" Eh! Langkahku mati. Suara macam suara perempuan! Aku rasa tak sedap hati, takkan bawak perempuan kot! Ah..mesti Ijan tu nyamar kut, dia tu kan suka buat lawak! Aku menyedapkan hati dan menghampiri tempat itu. Tapi, ni apa hal ada sandal perempuan ni?
"Ala tak nak, takut..cepat la tolong.." suara perempuan jelas kedengaran. Aku segera turun ke gigi air dan di antara batu batuan itu aku lihat Aznil sedang memaut mesra pinggang sorang gadis dan gadis itu dengan penuh mengada-ngada memeluk leher Aznil di tengah-tengah arus yang deras. Dan, bila arus kuat datang dengan pantas Aznil merapatkan perempuan itu ke badannya. Aku tergamam tak dapat berkata-kata. Putik mawar pemberiannya tadi terjatuh dari pegangan. Amboi, dengan aku sentuh pun tak berani, dengan perempuan tu? Inikah balasan di atas keikhlasan aku selama ini? Dan, setelah menyedari aku berdiri tidak jauh dari situ Aznil cepat-cepat mendapatkan aku.
"Ini ke hal hidup dan mati awak?" soalku. Air mata dah bergenang di birai mata. Sakit hati aku melihat Aznil masih mampu tersenyum. Tapi senyumannya mati bila melihat ada air jernih terjun dari kelopak mataku.
"Yan, awak dah salah sangka ni,"
"Saya tahu ini yang awak inginkan sangat betul tak? Kalau benar awak tak sukakan saya tak perlu nak tunjuk depan saya macam ni, saya pun tak pernah mengharapkan yang awak akan jadi milik saya,"
"Dian, cuba dengar dulu penjelasan saya," pintanya.
"dah terang dan jelas kan? Nah! Ambil balik hak awak!" Cincin di jari manis kulucutkan dan kucampak ke tubuhnya.
"Dian!!" Tanpa menoleh lagi aku berlari pulang. Aku benci Aznil!!!
ABAH membetulkan kopiah putihnya di kepala. Mak yang asyik menjahit sesekali mengerling ke arahku. Suasana malam itu agak suram. Biasanya kami akan berkumpul bersama menonton tv. Adik-adikku awal-awal lagi dikerah masuk ke dalam bilik. Aku cuma buat muka selamba bila mata abah singgah di wajahku.
"Apa yang dah jadi ni, yan?" soal abah penuh lembut. Aku angkat muka.
"Apa yang dah terjadilah abah!" jawabku ringkas.
"Tahu tak apa yang kau dah buat ni?" soal mak pulak. Aku cuma buat muka sardin.
"Petang tadi kelam kabut Ngah Usop dengan Som datang ke sini tanyakan hal siang tadi," abah menggeleng kepala, bingung.
"Dia yang cari pasal dulu, sakit kan hati orang..tak serius.."
"Kalau si Aznil tu tak serius takkan sampai kau berdua bertunang ni Diana ooii.." mak bersuara.
"Apa yang kurangnya Aznil tu? Pelajaran ada..rupa ada..rajin bekerja..kau tengok tu..umur belum lagi masuk 30 dah ada macam-macam..agama pun alhamdulillah..bahagia hidup kau dunia akhirat..ingat senang ke nak dapat budak baik macam Aznil tu?" Amboi, beriya-iya benar abah puji bakal menantu nampak!
"Yan tak nak kawin dengan dia,"
"Kenapa dulu tak cakap awal-awal? Kan mak tanya dulu masa dia orang merisik kau..kenapa masa tu tak cakap terus terang tak sukakan dia?"
"Dulu ingat tak jadi macam ni.."
"Dah tu?"
"tolonglah mak, abah..Yan betul-betul dah tawar hati kat dia.." pintaku.
"Jangan nak malukan abah, Dian, Abah tak mahu timbul masalah macam ni..ni abah tak suka ni.." warning abah.
"Kan abah kau ni pantang undur belakang..bak kata Slam tu..Tak Mungkin Berpaling.." Hai, boleh tahan jugak mak aku ni..aku sengih.
"Like father like doughter, Yan pun tak mungkin berpaling jugak mak,"
"Eh budak ni!" Mak membeliakkan matanya. Biarlah, yang nak kawin aku, bukan dia orang. Sukalah aku punya decision!
"Sudahlah tu mak nya..cakap banyak pun tak guna," Mak dah pandang muka abah cemas. Aku pulak tersenyum macam dapat duit satu juta. Tentu abah tak mahu memanjangkan cerita. Cinta tak boleh dipaksa..kawin pun tak boleh dipaksa..dah aku tak mahu, so kenalah terima. Macam ni la abah yang understanding!
"Nanti dulu bang, saya belum habis lagi ni..apa kesalahan Aznil sampai kau tak nak kat dia?"
"Yan tak suka dia, tu je ..Yan rasa tak boleh hidup dengan dia.."jawabku ringkas.
"Kalau iye pun tak suka ikut la adat..kita ni orang melayu, orang kita kaya dengan adat.." mak menggeleng kepala.
"Ikut adatlah ni..Yan bagitahu kat mak..abah..nanti mak dengan abah cakaplah kat keluarga dia!"
"Amboi..pandai sangat mengajar orang tua.." tegur abah setelah sekian lama membisu.
"Anak abah kan..mestilah pandai.." Saja aku menyakat abah.
"Hai maknya..lemah akal saya cakap dengan anak awak ni.."
"Kau ni memalukan mak dengan abah aje tau Yan? Kejap nak kejap tak nak..lepas tu main ikut sedap hati je bertindak.."
"Betullah apa yang Yan buat ni mak.."
"Betul? Yang kau pergi baling cincin tunang kau tu siapa suruh? Macam tu ke pulangkan pemberian orang?" soal mak geram.
"Mana ada.." jawabku slow sambil mengurut-urut jari manisku yang telah kosong. Mak menjeling tajam.
"Habis, yang kau campak kat sungai tadi tu apa?"
"Tu..itu bukan cincin tunang..tu cincin yang mak kasi hari tu..Yan silap buang.."
"Apa? Silap? Betul bukan cincin tunang?" soal mak bertalu-talu. Aku angguk sikit.
"Jadi, cincin tunang tu ada lagilah?" Aku mengangguk terpaksa membuatkan mak dan abah tersenyum lega.
"Tapi mak abah..Yan tetap dengan keputusan Yan.." kata kata ku itu membuatkan mak dan abah terdiam. Abah mengurut kepala bingung. Aku cuma buat dek sambil menoleh ke arah bilik. Ehh..ada pengintip kat balik langsir! Ohh..mendengar dari tadi rupanya..kalau ada lastik dah lama aku lastik tiga-tiga ekor tu.
"Kenapalah dengan kau ni Yan.."keluh mak. Aku senyum. Nampaknya kemenangan berada di pihak aku!
"Dah la tu maknya..marilah kita pergi," Abah akhirnya bersuara. Mak pandang abah lama.
"Apa pandang-pandang saya pulak? Cepatlah siap!" gesa abah. Mak renung abah antara percaya dan tidak.
"Awak biar betul abahnya.."
"Betullah..apa yang tak betulnya? Kita pergi rumah Usop sekarang jugak," Yahoo!! Kalau tak fikir mak dan abah ada kat situ dah lama aku melompat tinggi. Bye bye buaya darat!!
"Abahnya..benda ni masih boleh diselesaikan antara kita anak beranak..takkan cepat benar awak terpengaruh dengan budak ni..fikir habis-habis bang.."
"Daripada benda ni berlarutan dan bertambah memeningkan kepala saya..lebih baik kita.." Abah mencapai kunci vannya yang tersangkut di dinding.
"Kita apa?" soal mak sambil membetulkan tudung kepala. Apa la mak ni, tak faham-faham lagi ke?
"Kita cepatkan tarikh langsung budak berdua ni!" Apa? Saat itu aku rasa nyawaku melayang. Abahh??
SEGALA yang ditentukan oleh Ilahi tak mampu kita mengubahnya. Segalanya sudah tertulis dalam takdir. Macam tu la juga yang tertulis dalam takdir aku. Keputusan abah muktamad, tak ada warna lain melainkan hitam dan putih sahaja. Aku akan dijodohkan dengan Aznil bukan pada akhir tahun depan seperti yang ditetapkan dahulu, tapi hujung bulan ni! Ini bermakna cuma ada dua minggu lagi aku akan bergelar anak dara.
Matilah aku macam ni, agaknya kalau jadi cicak dah lama bunuh diri. Barulah aku mengerti kenapa gadis selalu lari dari rumah bila dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dicintai. Agaknya macam kes aku sekarang ni la kot?
Persiapan kenduri dahpun dibuat, mak dah sibuk menempah itu ini untuk kenduri.
Lembu kabarnya dua ekor nak ditumbangkan. Aneh..kawin paksa ni dipermudahkan pulak jalannya. Dan dan tu jugaklah lembu senang dapat..ramai pulak sukarela menolong mendirikan kemah..menyiapkan bangsal memasak..tolong itu tolong ini..pelamin..hantaran..baju nak kawin pun siap ada orang nak sponsor lagi..Orang kampung dan sanak saudara dah dijemput untuk meraikan hari yang bakal menghitamkan hidup aku. Uwaa sampai hati Abah!!
"Eiiii bestnya dapat abang ipar..bagus abah kawinkan along cepat-cepat, kalau tak mesti melepas punya..tak ada sapa lagi boleh rampas abang Takagi kita.." aku rasa nak siat-siat aje mulut si Fina ni. Menatang apa yang best sangat ada pada malaun tu?
"Eh, kau suka dia kan? Kau pergi cakap kat aah kau yang nak kawin dengan dia,"
"Apa la along ni! Orang nak kawin happy, dia susah hati pulak!" sampuk Ina sambil membetulkan kelopak bunga telur yang disusun ke dalam pahar.
"Abang tu baik apa..dia sayang kat along..kalau tak tak kan dia nak kawin dengan along yang degil macam apa ni.." ujar Rina sambil membetulkan labuci yang dijahit pada baju untuk akad nikah nanti. Bab andam mengandam ni dia memang teror.
"Baik? Macam tu pun baik ke? Macam mambang tanah je.."
"Amboi..sedapnya mengata orang mambang.." mak tiba-tiba muncul di balik
langsir. Aku pandang Ina, Fina dan Rina yang dah tersengih-sengih memerli. Sejak kes hari tu mak dan abah serta adik beradik aku bukan main backing lagi menantu pilihan mereka. Sorang pun tak mahu menyebelahi aku. Ikutkan hati mahu saja aku ambil tindakan lari dari rumah, tapi aku malaslah nak memecahkan tradisi keluarga yang terkenal dengan adab mulia ini. Nanti mana dia orang nak letak muka. Dan tak mahu jugalah aku tersenarai dalam list anak derhaka nanti..
"Tu, Aznil dah tunggu kat luar tu..pergi cepat," gesa mak..Oooo dah 5 hari buat salah baru hari ni datang jumpa aku??
"Pegi la along.." Rina memujuk bila aku sikit pun tak bergerak. Ah..tak kuasa aku!
"Tah! Nanti abah bising baru tahu," Abah? Alamak..ni yang buat aku berbelah bagi ni. Abah tu bukan aku tak tahu. Bila dia dah bukak ceramah..faham-faham aje la..silap haribulan..ada pulak yang kena kawin hari ni. Mahu tak mahu aku terpaksa keluar jugak bila mata mak dah naik juling menjeling. Kelihatan Aznil sedang menanti di hujung tanggasambil memerhatikan anak ayam yang baru menetas memagut beras yang mak tabur. Amboi, bergaya sakan nampak..bawak Virago lagi..Sekali pandang memang macam hero siri Tokyo Cinderella Story. Sebab itulah adik-adik aku menggelarnya `Takagi'.
"Dinda..dimanakah kau berada ..rindu aku ingin jumpa.." usiknya macam biasa, seolah-olah langsung tak perasan yang muka aku dah macam jeruk mangga masamnya.
"Ngapa datang sini?" soalku kasar tanpa memandang wajahnya.
"Rindulah kat awak.." cis! Rasa nak ludah je atas hidung dia, rindu konon!
"Dah jangan cakap banyak, saya ada kerja lain nak buat ni..apa yang rasa nak cakap sekarang, cakap!" tegasku.
"Marah sangat ke kat saya sampai tak sudi nak pandang muka saya?"
"Hai, boleh tanya lagi? Awak ingat saya tengah suka hati la sekarang ni?" luahku geram. Aznil menggeleng kepala melihat aku marah membabi buta.
"Saya ada buat salah ke?" kalaulah dalam majalah Ujang sekarang ni dah lama karektor aku mengeluarkan apa atas kepala. Or course la bodoh!
"kalau saya salah saya minta maaf, lain kali saya tak buat lagi, okey?"
"Macam tu je? Ingat senang ke saya nak terima maaf awak tu? Awak ingat saya ni apa? Patung? Tunggul kayu? Tayar motor awak?" memang aku marah benar kali ini. Dia ingat selama ini perasaan aku boleh dilebihkurangkan
sesuka hati dia? Mentang-mentanglah dia lelaki dia boleh lakukan apa saja untuk buktikan kuasa dia?
"Okey la..okey la..kalau awak marah saya pasal Tiara hari tu, saya mengaku memang saya terjumpa dia masa nak ambil awak kat bank hari tu. Tapi antara saya dengan dia tak ada apa-apa. Tiara dah kawin masa saya kat UK dulu, hari tu jumpa dia pun dengan husband dia, husband dia pergi parking kereta kami minum la dulu," Aznil dah berdiri di depanku.
"Tapi apasal awak tipu saya?"
"Saya memang nak cerita, tapi saya tak mahu awak tersalah sangka..sebab Tiara antara yang serius dengan saya dulu,"
"Dan pasal kat sungai hari tu," aku rasa darahku dah menyirap ke muka.
"saya tak nak dengar apa-apa pasal tu," aku memusingkan badan mahu masuk
ke dalam, dan sepantas itu juga Aznil memegang lenganku.
"Yan, jangan la buat macam ni..kita dah nak kawin ni,"
"Siapa nak kawin dengan awak?" bentakku geram. Sakit hati tak terkira rasanya bila dia berani sentuh aku.
"Kalau saya bersalah saya minta maaf okey?" pintanya lagi.
"Sampai mati pun saya tak akan maafkan, tu pun kalau betul awak mati baru saya pertimbangkan,"
"Awak nak saya mati ke?"
"Kalau iye kenapa?"
"Betul awak suka saya mati?"
"Ha..get lost!" Tanpa tunggu lama aku terus naik meninggalkan Aznil yang termangu-mangu macam orang bodoh. Tak lam lepas tu aku dengar Viragonya memecut laju, lain daripada biasa. Marah sama kut, ah..biarkan!
"Siapa ajar kau cakap macam tu dengan bakal suami?" Ops! Mak dah berdiri di depanku. Sah dia dah dengar semuanya
"Mak tak pernah didik kau jadi kurang ajar..mak nak kau telefon dia sekarang jugak mintak maaf. Kalau taak jangan panggil mak ni mak kau lagi.." aku terlopong memandang mak yang dah pun melangkah ke dapur. Kerana si aznil tu mak sanggup tak tegur aku?
"Apa la along ni," Ina keluar dari bilik dengan muka masam tanda marah kat aku.
"kau orang tahu apa?"
"Along tu yang teruk! Along sebenarnya ego, besar kepala. Kata abang Aznil tak baik, jahat, habis along tu baik sangatlah? Kalau along macam ni la..memang tak kawin sampai ke tua, tau? Ina pun hilang sabar dengan perangai along ni.." beraninya Ina! Tak tunggu lama aku melangkah deras meninggalkan halaman rumah. Jalan-jalan lagi baik. Tak pening kepala. Tak ada orang nak membebel..nak cakap macam nak runtuh langit. Kaki kuatur ke arah sungai. Duduk melepak di atas pokok ara yang condong ke perut sungai sambil makan tebu lagi baik daripada berada di rumah.
Sejak peristiwa itu aku benar-benar tersinggung dengan Aznil. Pelik, sebelum ini aku tidak pernah bersikap begini. Bukan tak pernah dia berbual mesra dengan perempuan lain, mengorat pun dia selalu buat depan mata. Tetapi, kenapa kali ini aku tiba-tiba berubah menjadi pendendam? Dan, aku sendiri tak menyangka aku menangis kerana kecewa yang teramat sangat.. Ah..kadang-kadang timbul rasa kesal di hati. Antara kami berdua, cinta sangat misteri. Malah belum pernah dia lafazkan kata-kata cinta kepadaku. Aku lagilah tak pernah! Takkan perigi yang nak cari timba! Kalau tanpa cinta, bagaimana perkahwinan ini nanti? Adakah perkahwinan ini semata-mata kerana hajat keluarga yang inginkan kesinambungan dalam keakraban mereka? Ah..bingung..bingung..kahwin? bersediakah aku untuk hidup bersama Aznil ? Ini soal hidup, soal masa depan. Bagaimana kalau aku ditakdirkan tidak bahagia nanti? Salah emak dan abahkah? Aku mengeluh lemah. Di ruang mata terbayang wajah Aznil. Dan dari matanya yang redup itu aku tahu dia memang baik, tapi baik tak semestinya jujur!
"Along!" terdengar suara Ina memanggilku dari jauh. Apa hal pulak ni? Ina berlari laju dan serta merta memelukku sambil menangis tersedu-sedu.
Pokok ara bergoyang hebat lantaran tindakan Ina itu.
"Eh..kenapa ni? Jatuh pulak dalam sungai ni nanti.." soalku lantas memapahnya ke tebing sungai.
"Kenapa ni?" soalku bila tengok Ina menangis macam kena sawan babi.
"A..a..abang Aznil!"
"Ha, kenapa dengan dia? Dah mampus ke? Dah mati?" Saja aku buat macam tu. Susah sangat nak cakap..aku pun bosan jugak tunggu lama-lama. Dah tu, air mata dia campur air hingus dah habis meleleh atas bahu aku..eeii..
"Ha!" Ina meratap lagi.
"Ha? Apa yang ha?" soalku.
"Abang Aznil dah tak ada!" Ha?
"Tak ada kemana?"
"Abang dah..dah..huuuu" Ina menyembam muka ke bahuku.
"Iye ke..baguslah!" spontan saja perkataan itu keluar dari mulutku. Aku pun tak sedar tapi betul ke cerita Ina ni?
"Along! Kenapa along cakap macam tu..Abang Aznil dah tak ada lagi tau tak..? Along tahu tak??" Ina tengking aku macam dia tengking anak ayam yang selalu berak atas tangga rumah.
"Biarlah.."
"Abang Aznil pergi sebab nak beli bunga mawar yang selalu dia bagi kat along tau tak? Dia accident masa balik dari bandar tadi. " Aku pandang wajah Ina macam tak percaya.
"Iye ke? Baguslah!" Balasku. Tapi..aku terasa mataku pedih..betulkah Aznil dah tiada? Sudah pergi dari alam maya ini? Putik mawar merah untukku puncanya? Langkah yang kuatur kian ringan. Suara Ina cuma sayup-sayup kedengaran. Dan akhirnya aku cuma melihat kegelapan.
AKU buka mata perlahan-lahan. Eh, aku kat mana ni? Ni gambar aku masa bertunang, siapa yang gantungkan kat bilik ni? Besar gedabak pulak tu? Aku terasa kepalaku masih pening. Lebih-lebih lagi bila berada dalam bilik yang memang asing ini.
"Eh..dah sedar pun.." Ina muncul tiba-tiba. Segera dia duduk di sisiku.
"Kita kat mana ni Ina?" soalku sambil memandang sekeliling.
"Kat bilik abang Aznil," Ha? Aku terpandang sesuatu. Gambar lelaki yang sedang tersenyum di tepi kolam udang harimaunya amat kukenali.
"Tapi..macammana along boleh ada kat sini?"
"Along pengsan kat tepi sungai tadi," Aku pengsan? Pengsan sebab..Terasa air mata bergenang-benang tunggu masa nak menitik. Wajah Ina kutatap.
"Along teringatkan abang ke?" soalnya perlahan. Aku diam. Bilik Aznil kuperhati lama. Kemas dan bersih. Sayang tuannya dah tak ada. Cuma bau perfume CK kegemarannya saja menerawang. Aku tiba-tiba terpandang sesuatu pada gambar pertunanganku.
"EVERYDAY I LOVE YOU, SWEET DIAN.." My God! Terasa mukaku kering tak berdarah. Dia cintakan aku? Kenapa tak cakap awal-awal? Dan air jernih itu turun laju tak henti-henti. Aku pun begitu Aznil..
"Along..along kenapa menangis ni?" Aku pandang Ina lama. Kali ini aku pulak yang menangis dibahunya. Biar Ina tahu betapa aku benar-benar kehilangan Aznil.
"La..ngapa ni?" ibu Aznil tiba-tiba masuk dan meluru mendapatkan aku.
"Mak ngah..Dian nak Aznil mak ngah!" tanpa segan silu lagi aku berkata begitu depan ibunya. Peduli apa aku, tunang aku. Lagipun dua minggu kami akan menjadi suami isteri, siapa tak sedih? Ibu Aznil segera memelukku membuatkan aku bertambah hiba.
"Yan..astarfirullah..bawa mengucap Yan..kenapa ni?" Mak muncul tiba-tiba dan duduk di sisiku.
"Yan menyesal selalu sakitkan hati dia, Yan tahu Yan yang salah..Yan tak sanggup hidup tanpa dia," Mak dan ibu Aznil tersenyum sesama sendiri.
"Betul ni? Tak main-main?" La..nak meraung rasanya bila ditanya soalan bodoh di saat-saat begini.
"Kalau Aznil ada sekarang jugak Yan nak kawin dengan dia," ujarku bersungguh-sungguh. Tapi..semuanya tak berguna lagi..
"Betul ke?" Aznil tiba-tiba muncul dari balik langsir pintu bilik. Aku terlopong. Aznil? Wajah mak , mak ngah som dan especially wajah Ina kutatap tak mengerti.
"Sebenarnya kan ..along..abang Aznil tak apa-apa..yang accident teruk tu motor dia je..along pengsan tadi abang Aznil yang dukungkan ke sini," Ina membuat penjelasan bila mata aku tak berkedip merenungnya. What? Alamak..malunya aku! "Tadi kau kata.." "Ina salah faham..sorry..!!" Ina tersipu-sipu. Kau punya pasallah ni! Getusku geram. "Itulah..dulu sampai nak putus tunang, ni baru dapat berita macam ni dah pengsan-pengsan.." sindir mak tajam. Aduii..bisanya.
"Tak apalah, tu tandanya sayang!" sampuk ibu Aznil lalu mengajak Ina dan emak keluar. Aznil perlahan-lahan menghampiriku. Aku tunduk, tak tahu nak sorok muka kat mana lagi.
"Sampai pengsan ye sayangnya awak kat saya?" usiknya. Aku tidak menyahut. Semua ni Ina punya pasallah bodoh!
"Err..teruk ke awak?" soalku bila melihat tangan kirinya berbalut.
"Don't worry, tak serius ni..by hook or by crook kita mesti kawin jugak minggu depan.." ujarnya selamba membuatkan aku tersenyum lucu.
"Thanks!" ucapnya tiba-tiba.
"Kenapa?"
"sebab membuktikan sedalam mana cinta awak terhadap saya, baru saya tahu selama ini saya tak bertepuk sebelah tangan. Awak tahu tak..saya selalu terfikir kalaulah awa langsung tak ada hati kat saya macammana kehidupan kita nanti..tapi syukurlah..saya dah nampak apa yang bakal kita lalui bersama nanti.." Aznil tersenyum.
"Sebelum tu..yang kat sungai dulu macammana?" soalku masih tak puas hati. Geram lagi pasal tu sebenarnya.
"Itulah lain kali cuba dengar dulu..itu anak buah saya Mimi, anak abang sulung saya yang jadi lecturer kat USM..dia memang sebaya dengan awak..tu dia ada kat luar tu.." Anak buah?
"Saya tak kenal pun.."
"Mana nak kenal..dia form 1 sampai form 5 kat asrama penuh, pas tu pegi State plak baru seminggu tu balik ke Malaysia ni.." terangnya membuatkan aku tersengih. Ngape tak beritahu awal-awal..manalah aku kenal semua anak buah dia..buat malu aku je...
"Awak tak marah lagi kan?" soalnya sambil mengeluarkan sebentuk cincin emas putih bermata satu dari poket seluarnya.
"Cincin yang awak baling hari tu tak sempat nak sambut. Ni saya gantikan," ujarnya lalu menyarungkan ke jari manisku.
"Ni je?" soalku mengusik.
"Dian, will you marry me?" Aku cuma mengangguk dan tersenyum.
"I love you," lafaznya lantas mencium tanganku. Mak..aku rasa nak pengsan sekali lagi. Romantik gila siut! Tak pernah-pernah dia macam ni!
"Ehemmm!!!" Aku cepat-cepat menarik tanganku. Ina, Fina, Rina dan juga Mimi anak buah Aznil sedang tertawa di sebalik langsir.
"Dosa..dosa..belum sah lagi.." usik Ina.
"Along..sekarang percaya tak keajaiban cinta?" soal Fina.
"Keajaiban yang menakjubkan..ada orang mati kerana cinta..merana."
"Pengsan!!"
"Sibuklah kau orang! Pergi main jauh-jauh!" marahku campur malu. Aznil cuma tertawa kecil. Pasti dia juga merasakan sesuatu yang aku rasa saat ini. Cepatlah hari berlalu..agar Aznil segera menjadi milikku selamanya
No comments:
Post a Comment