Tuesday, March 24, 2009

Kajian Tindakan version pilot project

Esok nak kena hantar kajian tindakan. Xtahu nak buat ape lagi..insyallah kalau sesaper ader idea boleh r berkongsi sedikit sebanyak dengan saya..

Kajian Tindakan



1
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
1. Kertas cadangan (Proposal) Kajian Tindakan
Kertas cadangan atau proposal kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang beberapa
perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan
yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan seperti:
• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?
• Apakah isu yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?
Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan
dijanakan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.
2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan
Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan merupakan satu panduan yang menyatakan objektif
kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh
pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik
menjalankan kajian dengan lebih terancang.
3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Kajian Tindakan
Kertas cadangan (proposal) kajian tindakan tidak mempunyai format yang khusus. Namun
begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan
(proposal) kajian tindakan:
 Nama Sekolah (beserta alamat penuh)
 Kumpulan Penyelidik
 Tajuk Kajian
 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
 Objektif Kajian
 Kumpulan Sasaran
 Tindakan Yang Dicadangkan
 Jadual Pelaksanaan
 Kos Kajian
4. Syarat untuk Mendapatkan Pembiayaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan (sekiranya
di bawah peruntukan Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan)
Kelulusan sesuatu kertas cadangan (proposal) kajian tindakan serta jumlah kos yang ditawarkan
bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
• Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian
• Objektif kajian
• Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
2
• Bahan yang akan digunakan
• Kos yang terperinci
Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:
• Jumlah bahan yang diperlukan,
• Harga bagi satu unit bahan,
• Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan
5. Panduan Asas Menyediakan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan
1. Tajuk
Kajian
a. Tajuk ditentukan
dengan
mengenal pasti
kemahiran
yang ingin dikaji.
b. Tajuk hendaklah
ringkas,
mengandungi hala
tuju
kajian, tindakan dan
sasaran kajian.
1. Tajuk Kajian:
Memperkaya Kosa Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari
Dengan Menggunakan Program Sehari Selembar
Benang dan Program 200-4.
Atau:
Program Sehari Selembar Benang: Memperkaya Kosa
Kata Pelajar Tingkatan 4 Bestari
2. Nama
penyelidik
Catatkan nama penuh
penyelidik / kumpulan
2. Nama Penyelidik: Salmiah bt. Sidek
3. Nama
Sekolah
Catatkan nama sekolah
beserta alamat lengkap
3. Nama Sekolah: SMK Aior Akar
Jalan Tengku Muhammad
25050, Kuantan
Pahang Darul Makmur
4. Refleksi
Pengajaran
dan Pembelajaran
4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Sewaktu saya menyemak karangan pelajar Tingkatan 4
Bestari. saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati
walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap
penguasaan kosa kata di kalangan pelajar ini sungguh
terhad. Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu,
masih ramai pelajar yang melakukan kesilapan ejaan.
Banyak ayat tergantung dibina oleh pelajar. Mereka
menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan
berulang-ulang apabila ingin menghuraikan tentang
sesuatu perkara. Dalam ujian Topikal 1 iaitu soalan 2 yang
hanya meminta pelajar menulis ayat berasaskan
perkataan yang diberi, saya dapati 37% daripada jumlah
pelajar dari kelas ini tidak menjawab soalan ini. Apabila
saya tanyakan kepada para pelajar tentang keadaan ini,
jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu "cikgu
tak ajar pun perkataan tu...". Ada juga di kalangan pelajar
yang menanyakan kepada saya markah bagi bahagian
membina ayat itu. Saya lihat seolah-olah mereka telah
patah semangat untuk memahami dan memperkaya kosa
3
Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan
kata mereka. Apabila saya tanyakan kepada mereka,
jawapan yang mereka berikan ialah " terlalu banyak
perkataan baru... susah untuk kami faham maksudnya."
Saya menyedari ramai di kalangan pelajar bukan Melayu
di kelas ini mempunyai asas bahasa yang agak lemah.
Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam
Kamus Dewan untuk memperkaya kosa kata pelajar?
Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu
pelajar menambahkan kosa kata mereka? Apakah yang
boleh saya lakukan untuk menarik minat pelajar
memperkaya kosa kata mereka?. Mampukah saya
menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu
pelajar saya?. Apabila saya bincangkan perkara ini
dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru
mengatakan yang pelajar hari ini malas membaca dan
suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan
untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab
soalan. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh
dilakukan bagi menangani masalah ini?
Saya telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang
mempunyai kosa kata yang amat terhad. Saya
berpendapat lemahnya penguasaan kosa kata di kalangan
mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta
tumpuan terhadap pentingnya aspek kosa kata yang saya
berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti
sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga
merupakan rentetan daripada pengabaian guru
termasuklah saya terhadap kepentingan penguasaan kosa
kata. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya
pasti pelajar kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik
soalan karangan dan juga soalan membina ayat bagi
kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan
nilai GNP sekolah saya.
5. Isu /
Keperihatinan
Yang
Dikaji
• Tentukan tema /
isu
keprihatinan kajian
/
masalah /
• Rumuskan
masalah yang
dikenalpasti
daripada
refleksi yang
dibuat pada
langkah 1.
5. Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi
oleh pelajar saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini
kepada masalah penguasaan kosa kata. Pelajar saya
mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya
mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka
temui dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka
melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat.
Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah:
• Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat.
• Pelajar menggunakan kosa kata yang berulangulang
dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak
gramatis.
• Pelajar tidak menjawab soalan bina ayat kerana
tidak faham maksud perkataan yang diberi.
4
Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan
Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata. saya
yakin pelajar boleh membina ayat yang tepat, jelas dan
gramatis. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat
membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas
Bahasa Melayu SPM, Keadaan ini juga pasti akan
meningkatkan nilai GNP sekolah saya.
6. Tentukan
Objektif
Kajian
• Objektif kajian
terdiri
daripada objektif
umum dan
objektif khusus.
• Objektif hendaklah
berkaitan dengan
masalah.
• Objektif hendaklah
berkaitan dengan
aktiviti /
tindakan.
• Objektif hendaklah
boleh
diukur.
• Semua objektif
khas
hendaklah diukur /
nilai
semasa
menjalankan
tindakan / aktiviti.
6. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar
diharap akan mencapai objektif berikut:
i. Objektif Umum
Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peningkatan
peratus kelulusan Bahasa Melayu.
ii. Objektif Khusus
• Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang
diketahui dan difahami oleh para pelajar.
• Meningkatkan keupayaan mengaplikasi
perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh
pelajar
• Membantu pelajar mengusai kemahiran
belajar dengan merujuk kamus bagi
meningkatkan pengusaan kosa kata mereka.
• Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat
markah yang cemerlang bagi bahasa dalam
penulisan karangan.
7. Kumpulan
Sasaran
• Sebutkan bilangan
pelajar
yang dikaji
(mestilah
kumpulan pelajar
yang
diajar oleh
penyelidik).
• Sebutkan kelas
pelajar
yang dikaji.
7. Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 4 Bestari
yang terdiri daripada 10 orang pelajar Melayu, 2 orang
pelajar India dan 18 orang pelajar Cina.
8. Tindakan
yang
dicadangkan
• Nyatakan aktivitiaktiviti
yang akan
dilaksanakan
8. Tindakan yang dicadangkan
i. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam
menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang
dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan
dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut:
• Ujian khas membina ayat berasaskan perkataan yang
5
Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan
diberi bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa
kata.
• Latihan karangan pelajar bagi mengesan kesilapan
penggunaan perkataan dalam ayat penggunaan kosa
kata yang berulang-ulang dalam satu ayat.
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah bagi mengesan
penguasaan kosa kata pelajar
ii. Program ”Sehari Selembar Benang”
• Cara Pelaksanaan:
• Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari
beserta definisi dan contoh ayat dalam perhimpunan
pagi
• Pelajar mencatat dalam buku catatan khas
• Guru menampal perkataan pada papan kenyataan
• Guru meminta pelajar mengaplikasikan penggunaan
perkataan dalam karangan yang ditulis - 2 minggu
sekali.
• Guru menganalisis karangan pelajar
iii. Program 200-4
(200 perkataan dalam tempoh 4 minggu) Cara
Pelaksanaan:
 Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar
daripada teks yang dibaca serta mencatat perkataan
tersebut dalam buku catatan.
 Pelajar merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan
mencatatkan dalam buku catatan.
 Pelajar membina ayat berasaskan perkataan yang
dicari maksud.
 Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua
perkataan yang dikumpul oleh 30 orang pelajar serta
mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua
pelajar.
 Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar
dengan mengadakan ujian khas.
 Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut
keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.
9. Jadual
Pelaksanaa
n Kajian
 Boleh dibuat
dalam bentuk
jadual / carta
gantt.
 Memasukkan
aktiviti yang
dirancang bagi
menjalankan
kajian.
 Memasukkan
tarikh tentatif
9. Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh
Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal.
5 Februari,
2004
2 Menulis kertas cadangan /
proposal Kajian.
13 Februari,
2004
6
Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan
kajian akan
dijalankan.
 Tarikh mungkin
berubah mengikut
keperluan /
keadaan semasa
3 Merancang Tindakan -
(individu / panitia).
18 Februari,
2004
4 Melaksanakan tindakan -
aktiviti 1.
23 Februari,
2004
5 Membincangkan masalah
yang timbul dalam tindakan 1
(dalam panitia).
27 Februari,
2004
6 Melaksanakan tindakan -
aktiviti 2.
5 Mac, 2004
7 Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal.
5 Februari,
2004
8 Menulis proposal Kajian. 13 Februari,
2004
9 Merancang Tindakan -
(individu / panitia).
18 Februari,
2004
10 Melaksanakan tindakan -
aktiviti 1.
23 Februari,
2004
11 Membincangkan masalah
yang timbul dalam tindakan 1
(dalam panitia).
27 Februari,
2004
12 Melaksanakan tindakan -
aktiviti 2.
2 Mac,
2004
13 membincangkan masalah
yang timbul dalam tindakan 2
(dalam panitia).
8 Mac, 2004
14 Melaksanakan tindakan -
aktiviti 3.
10 Mac, 2004
15 Membincangkan masalah
yang timbul dalam tindakan 3
(dalam panitia).
12 Mac, 2004
16 Ujian untuk mengesan
pencapaian murid.
19 Mac, 2004
17 Refleksi kajian. 20 Mac, 2004
18 Menulis laporan Kajian. 21 Mac, 2004
19 Pembentangan dapatan
kajian.
28 Mac, 2004
10. Jumlah
Peruntukan
Yang
Dipohon
Jelaskan dengan
terperinci segala
bahan yang akan
digunakan untuk
menjalankan aktivitiaktiviti
seperti:
 Apakah bahan
yang akan
10. Kos Kajian
Bil Jenis Bahan Kuantiti X
Harga
Seunit
Jumlah Kos
1. Kertas A4 10 x
RM8.00
RM 80.00
7
Bahagian Proses / Penjelasan Contoh Penulisan
digunakan
 Kuantiti bahan
yang akan
digunakan
 Harga seunit
bahan yang
diperlukan
 Harga
keseluruhan bagi
bahan yang
dipohon
 Guru boleh
mengabaikan item
ini sekiranya guru
tidak memerlukan
peruntukan
kewangan untuk
menjalankan
kajian tindakan
 Guru tidak boleh
memasukkan
perbelanjaan
perjalanan,
jamuan yang
diadakan,
cenderahati dan
perkara-perkara
lain yang tidak
berkaitan
 Sila simpan
semua resit
pembelian bahan /
alatan yang
digunakan untuk
tujuan tuntutan
peruntukan yang
telah diluluskan.
2. Printer
Cartridge
1 x RM 65.00 RM 65.00
3. Kamus Dewan 1 x RM 45.00 RM 45.00
4. Potostat
Bahan &
laporan kajian
RM 50.00
5. White board
(3' X 2')
1 x RM 45.00 RM 45.00
6. Buku catatan
guru
1 x 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 287.00

Sunday, March 8, 2009

Sunday is good day!!!!!!!

Haaa bertemu la kita di sunday yang mendamaikan..aku bangun awal arinie...bangun terus nampak atas meja, ader kuih dan mihun serta air tembikai....bagus betol osmate aku ni..kira fhm jiwa la dia hahahaha..aku rasa begitu bangga kerana dia tak segan2 untuk membeli makanan tuk aku..idup aku sungguh lengkap dengan dia hahaha..

Masalah utama aku skunk adalah, AKU NAK KAWEN!!!!!!!!...sape la yang xnak kawen kan..tapi xde org nak kat aku..sob2...sedih kan kisah gue nih....so skunk nak offer la..ader sesaper nak kat aku leh r msg2 k..hahahahahah.....

Misi utama aku arinie nak kua tengok wayang...citer dragon ball....tapi tengok list and date kat TGV, bukan arinie la...khamis depan baru release...waaa tensionnya..ape buleh buat kan..

Minggu depan bermula la cuti sekolah selama seminggu..waa aku nak balik kampong...yeah2..mesti sedap kan..dapat tidor dengan tenang,pastue bangun2 dah ader air n nasik tuk di sental hahaha...

dan minggu depan gak sepupu aku nak kawen..semoga berbahagia hingga ke anak cucu-cicit-cuit yeke?hahahaha cuit tu aku xtahu betol or x...aku men letak je...haahahaha..dah xtahu nak melalut ape ag..pe ag g sambung tido r jap..kang bangun lagi huk222....ZaaShhhhh..

Mr Pariey Agogo
(9:32 am)

Saturday, March 7, 2009

Sabtuday yang membohsan kan


Waa..aku rasa sungguh bohsan rini..bangun je pagi2, aku dapat tahu rini adalah ari sabtuday hahaha...dengan kepala pening yang mencucuk jiwa..aku pun bangun dgn tenangnya pada pukul 6.35am untuk menunaikan solat subuh di waktu hening pagi yang mendamaikan..aduh suasana pagi ini sungguh mengujakan ati aku..dengan hujan gerimis turun dengan renyai-renyai (mestilah dah namanya hujan gerimis hahaha).. aku mengintai dari tirai kamar ku yang mana masih belum ku lipat selimut nya lagi..sejuk bangat detik ati aku hahaha..otak aku mula membuat kesimpulan yang begitu aku nantikan selama ini...dua persoalan yang timbul ketika itu yang harus diselesaikan dengan kadar segera..persoalan pertama adalah adakah aku harus menyambung tido ku yang indah..dan persoalan kedua adakah aku mahu mandi dgn suasana hujan gerimis dan jam menunjukkan pukul 6.39am????..boleh tak korang bayangkan keadaan aku tika itu...waaaa sungguh menyayatkan ati...dup2 jantung aku berdenyut kenyang..mataku mulai lalok..ahh tido saje ah katanya....dan tetiba aku tersedar yg jam menunjukkan pukul 4.30pm??????????? wattttt aku sudah pening..kenapa jam cepat sgt bergerak...ingatlah kerana masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian hahahaha...sabtuday yang malang buat aku rini..huk2.

Tuesday, March 3, 2009

BIG - Bina Insan Guru


Tetiba aku terjumpa gambar lama yang aku jumpa dalam laptop aku ni..gambar ni merupakan kenangan yg cukup manis ketika aku pergi berkursus bina insan guru or dgn kata popularnya BIG. Locationnya adalah pooh island kat kenyir hoho
..




Pic 1: Gambar aku yang poyos hahahaha......




Pic 2 : Anak itik yg sedang blajor berenang hahaha..




Pic 3: Slumber je cameraman ni skodeng haha



Pic 4: Pasukan pencari harta karun hahaha..



Pic 5: Abaikan yg baju putih, dia da kawen haha..



Pic 6: Pendatang tanpa izin hahahaa.



Pic 7: Jetty kat kenyir hoho..



Pic 8: Amir bajet nek titanic la kot huhu


Pic 9: Fokuskan mata anda kat baju color coklat tue haha..


Waa aku sangat rindukan saat ni..kawan2 ku semua, semoga kalian semua menjadi seorang pendidik yang mulia..jangan la kalian alpa sesekali pun dalam mendidik anak bangsa..ingatlah "guru ibarat lilin, sanggup membiarkan dirinya terbakar demi menerangi orang lain" cewaah..pepun selamat hari guru!!!








kupu-kupu hidup


Penatnya aku melalui hari-hari yang mendatang. Sekarang aku tengah busy menanda kertas exam murid-murid ku. Begitu banyak masa yang telah terbuang selama aku hidup selama 25 tahun ni. Aku masih belum berpeluang sepenuhnya untuk berbakti kepada ibu bapa aku. Wah, begitu pahit hidup berjauhan dengan family.

Sepanjang minggu ini banyak perkara yg perlu aku lakukan sebelum cuti sekolah bermula pada 13rd March 2009. Aku kena hantar markah dan juga perlu melalui 2 aktiviti penting pada minggu depan iaitu mesyuarat pibg serta majlis sambutan maulidur rasul yang bakal di adakan pada hari khamis depan huk2.. pakai baju melayu nampaknye aku aritu huhuhu..

Pada 5th March 2009 bersamaan hari khamis, aku terlibat untuk latihan pasukan bola sepak sekolah plak, aduhai harap2 la xhujan pada petang tu.. kejohanan pun da xlama lagi, aku sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak sekolah terpaksa memerah otak bagi menghasilkan produk yang berkualiti hehehe.. semoga pasukan aku mendapat johan bagi zon skudai huhu..

Keputusan untuk aku sambung master akan di ketahui pada bulan may nanti.. harap2 adalah sinar tuk ku menyambung pelajaran hehehe..dalam form tu dia nak reason why aku sambung blajor..aku men isi je to explore new knowledge and to become better teacher hahahahahaha..men isi je..huhuhu..

Oklah karangan ku tuk kali ni..malam ni aku nak memikirkan apa yg patut aku ajar pada esok hari.. esok aku ader kelas math..huhuhuhuhuhuhu..aku xle lupa pupils will be able to understand the bacis concept of multiplication and division huhuhu..Oklah kawan2 jumpa ag..all da besh..gambateeeeee....Justify Full